Syukur juga artikel berkenaan HCSR 2014 diterima masuk paper Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 minggu yang lepas. Penulisan artikel bukanlah mudah.perlukan fakta yg tepat .
Inilah penulisan artikel ku yang pertama atas bimbingan saudara Azmil Abu Seman(YDP USIM) dan Kak Syakirin (TYDP USIM). Dan inilah yg memberi semangat untuk aku terus menulis. kat bawah ini aku nak sertakan artikel ku yang sebenar sebelum diedit masuk paper :)
Setiap
insan tidak akan terlepas dari dibelenggu pelbagai masalah termasuklah kaum
hawa. Isu akidah, pergolakan dalam keluarga , permasalahan kaum wanita serta
masalah sosial. Hal ini terjadi disebabkan kerana kurangnya aplikasi nilai
murni dalam kehidupan seharian. Namun, tidak dinafikan bahawa kaum wanita mula
melebarkan pengaruhnya melalui bidang keilmuan dan kepimpinan sehingga boleh diibaratkan
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Pada hakikatnya,
tuntutan agama masih kurang dipraktikkan sehingga meledaknya pelbagai gejala
negatif dalam keluarga,masyarakat dan Negara.
Sejajar
dengan masalah yang timbul, Majlis
Perwakilan Pelajar(MPP) USIM telah mengambil satu inisiatif baru bagi
mengurangkan masalah tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, pihak MPP
USIM mula menganjurkan sebuah konvensyen
yang diberi nama Hawa Convention 1.0 bermula Disember 2012 dan kesinambunganya
Hawa Convention 2.0 pada September 2013 di bawah pimpinan MPP USIM sesi
2012/2013 dengan jayanya.
Hawa
Convention Special Return peringkat kebangsaan dibawah pimpinan Timbalan Yang
Dipertua MPP USIM sesi 2013/2014 yang bertemakan “Women Inspiring The World”
hadir untuk kesekian kalinya bagi menyuntik inspirasi baru buat semua kaum
hawa. Konvensyen kali ini dijangka akan melibatkan
semua siswi dan kakitangan wanita USIM, siswi di seluruh IPTA dan IPTS di
Malaysia, orang awam serta wanita yang bukan beragama Islam.. Tujuan utama
program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang
menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu, keluarga,
kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi
berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan
berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita.
Konvensyen
seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi
di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada
konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan
kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan
sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak,keluarga dan juga syariah.
Peserta konvensyen ini menyaksikan perkongsian
ilmu oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa
kepada impak yang sangat positif. Modus
operandi konvensyen ini seakan-akan menyahut tuntutan Allah swt supaya menuntut
ilmu kerana ianya satu kefarduan ke atas setiap individu Muslim sebagaimana
yang diriwayatkan oleh hadith Ibn Majah.
Sebagai
siswi yang terdidik, mereka tidak seharusnya memikirkan soal yang remeh seperti
cinta dan bersuka-suka agar mereka lebih terkehadapan, proaktif dan berfikir
diluar kotak fikiran. Dengan hadirnya ilmuan seperti Dr Ahmad Wifaq, yang
membincangkan soal ’Wanita dalam Maqasid Syariah’ maka misi konvensyen akan mampu
dicapai. Konvensyen ini juga dilihat
membawa sedikit kelainan dengan menampilkan selebriti tanah air iaitu Catriona
Ross, Salima Habibi dan Pencetus Ummah Rahmat dalam sebuah forum, ’Wanita dan
Glamor’. Slot ini bakal mengenengahkan cara wanita berhadapan
dengan dunia hari ini yang terdedah dengan fitnah kerana wanita signifikan
dengan fitrah yang suka kepada perhatian. Selain itu, slot ini juga menekankan
bagaimana ingin berpersonaliti menarik anjuran Islam. Hal ini selari dengan apa
yang dituntut dalam Islam seperti apa yang terkandung dalam hadith riwayat
Muslim dan Tirmizi mafhumnya, ‘Sesunguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan’.
Skop
konvensyen ini bukan sekadar menyaksikan pembentangan kertas kerja, malah pihak
penganjur turut menghadirkan satu slot demostrasi masakan oleh Chef Hanieliza
yang juga merupakan penulis buku masakan di PTS Publishing. Tambahan pula,
konvensyen ini turut menghiburkan para peserta yang hadir dengan sebuah konsert
yang dihadiri artis nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan Nowseeheart serta
seorang penyanyi antarabangsa yang popular menerusi lagunya “Don’t Forget
Allah” iaitu Farid Sanullah. Konsert
yang diadakan ini membuktikan bahawa Islam turut menganjurkan umatnya
untuk berhibur selagi tidak melangkaui batasan syariat yang telah ditetapkan.
Sehubungan
dengan itu, MPP USIM serta semua yang terlibat menaruh harapan besar agar
segala usaha ini mendapat sokongan dan diterima oleh semua golongan masyarakat.
Dalam pada itu, laungan ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’ yang
sering diuar-uarkan USIM akan dapat dicapai sekiranya mahasiswi bangkit
mengubah paradigma mereka seterusnya mampu dijadikan sebagai sumber inspirasi
kepada masyarakat diluar selari dengan tema konvensyen ini, ‘Women Inspiring the World’. (
Wanita Inspirasi Dunia)
Selamat Menulis. Wassalam
No comments:
Post a Comment