PEMILIHAN PEMIMPIN.
Debaran Pilihan Raya Kampus (PRK) makin terasa. siapakah yang bakal naik menjadi barisan2 MPP sterusnya kali ini??? question mark in my mind. apa-apa pun, kita yang memilih.
"Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan
beberapa kalimat perintah dan larangan (amanat), lalu Ibrahim melaksanakannya
dengan baik. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan engkau pemimpin
bagi manusia. Ibrahim bertanya: Dan dari keturunanku juga (dijadikan pemimpin)?
Allah swt menjawab: Janji (amanat)Ku ini tidak (berhak) diperoleh orang
zalim".(Al-Baqarah:124)
Sejarah
islam telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin islam yang terkemuka yang mana
telah mengangkat darjat dan nama islam dipersada dunia. Antaranya ialah, Sultan
Muhammad Al-Fateh yang banyak memberi sumper aspirasi kepada setiap jiwa-jiwa
muda yang ingin bergelar seorang
PEMIMPIN. Dalam usia setahun jagung, Sultan Al-Fateh, bukan sekadar menjadi seorang
pemimpin, malah berjaya merialisasikan sabda Rasulullah yang berbunyi:
لتُفْتَحَنَّ اْلقُسْطَنْطِنِيَّةُ فَلَنِعْمَ
اْلأَمِيرُ أَمِيرُهاَ وَ لَنِعْم الْجَيْشُ
ذَلِكَ الْجَيْشُ
umat
islam sebelumnya berlumba-lumba untuk membebaskan konstantinople bagi
mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis tersebut.
Banyak percubaan telah dilakukan sehingga ayahandanya sendiri juga tidak
berjaya.
Apakah
kekuatan yang ada di sebalik anak muda yang bergelar Al-Fateh??
Sudah
tentu, Allah lah yang menjadi kekuatan baginya dan Quran dan Sunnah yang
memandu langkahnya.
Seorang
pemimpin yang berjaya itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, dan
sifat-sifat yang terpuji lainnya. Pemimpin yang baik juga akan sentiasa
bersedia fizikal dan mental sebelum bertindak agar tidakan yang diambil tidak
tersasar dari matlamat.
Bahkan
Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri merancang pelbagai strategi sebelum menakluk
konstantinople.
Memang
diakui terlalu sukar buat masa sekarang untuk memilih pemimpin yang baik
seperti yang digariskan dalam Al-Quran
apatah lagi seperti pemimpin agung kita Muhammad SAW.
Perlu
kita sedari,dalam kita memilih pemimpin, ada tanggungjawab yang akan kita pikul
di hadapan Allah terhadap apa yang kita pilih.
Disinilah
pentingnya pemilihan pemimpin yang baik yang sesuai sepertimana yang dianjurkan
oleh Islam.
Antara
ciri-ciri pemimpin dalam islam ialah:
·
Jujur
·
Kompeten
·
Sumber inspirasi
·
Sabar
·
Rendah diri
·
Musyawarah
·
Mampu berkomunikasi dengan baik.
Usahlah
kita menambah saham yang kurang baik pada diri sendiri kelak hanya kerana memilih
pemimpin yang tidak selayaknya.
Ayuh,
buatlah keputusan yang selayakknya. Berfikir sebelum bertindak!
Masih
wujudkkah Al-Fateh pada generasi ini untuk membuka pintu-pintu hati manusia
kearah yang lebih baik??
Kitalah
yang menentukannya!
No comments:
Post a Comment