Assalamualaikum semua. Kita baru
sahaja melepasi fasa Aidul Adha@ hari raya Haji. Beruntung bagi mereka2 yg
terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Semoga hajinya mabrur=) amin…
As we know, kama arofna… aidul adha juga sebenarnya dikaitkan dengan
erti pengorbanan.. hmm pernahkah kita berkorban demi Islam walaupun hanya
sedikit sebelum ini?
Tidak kiralah apa jua pengorbanan
sekalipun, janji membawa pada kebaikan, itu sudah dikira 1 pahala yang ckup
besar disisi Allah. Alaisa kazalik??
Nak kongsi sedikit berkenaan 1
cerita, walaupun seringkali kita dengar namun jarang sekali kita nak hayati
betul2.
Dahulu ada seekor burung pada zaman
Nabi Ibrahim A.S yg cukup berani, hebat dan menginsafkan. Tahukah kita apa
peranan burung itu??
Semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup2
dalam api yang sangat marak oleh raja yg zalim si Namrud, tiba2 ada seekor
burung yang asyik berulang alik ke lautan dan membawa air diparuhnya lalu cuba
memadam api yang sedang marak membakar badan Nabi kekasih Allah.
Tiba2 ada 1 suara yg menegur
perbuatan si burung kecil itu…
“Hey burung. Hentikanlah perbuatanmu
itu. Aku lihat sia2 belaka. Air yang sedikit itu takkan mampu utk memadam api
yang besar.” Sindir suara itu…
“Wahai suara….. padam tak padam
bukan kerja aku. Padam tak padam adalah kerja tuhanku. Aku takut nanti di
akhirat kelak, apabila ditanya apakah
usaha yang aku cuba lalukan lalu aku tidak mampu menjawabnya. ” jawab si burung
yang baik hati.
Burung yang kecil itu sedar akan
tanggungjawabnya dan takutkan Allah. Sedangkan dia seekor haiwan yang tidak berakal. Malah kita??hmmm
fikirlah sendiri.
Pada pandangan insan, memang usaha
yg sedikit itu tidak dipandang, namun disisi Allah ganjarannya cukup besar.
Jadilah kita seperti sang burung
yang membantu Islam.
“maka barangsiapa yang
mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.”
(Al-Zalzalah:7)
Atau kita ingin seperti sang suara
jahat yang sering menghasut orang2 lain dalam mengerjakan kebaikan??
“dan
barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan
mendapat balasannya.”
(Al-Zalzalah:8)
Jika kita tidak mampu untuk membuat
1 kebaikan, bantulah didalam doa. Doa itu senjata bagi org2 mukmin. insyaAllah
dengan doa yang sedikit, Allah akan kabulkan kerana Dia itu Pengasih dan Penyayang
terhadap hambanya.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Ana inda zonni ‘abdi bi..aku bersma
sangkaan hambaku:hadis qudsi.
http://www.youtube.com/watch?v=Z4ciJSkxkUA