Bismillahirramanirrahim…
Dahulu,
wanita dibawah jagaan lelaki,
mereka sehabis daya menjaganya...
tiada siapa brani menggoda dan mendekat...
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki xkisah auratnya terbuka...
wanita kini bebas binasa.....
~ukht Fatimah Syarha~
lelaki jenis apa zaman ini??
dirinya sendiri tidak terjaga....
rosak binasa ummah dan bangsa..
ayuhlah syabab!
usah dayus...
kelak dosa,kamu yang menanggung!!
~ana~
wanita dibawah jagaan lelaki,
mereka sehabis daya menjaganya...
tiada siapa brani menggoda dan mendekat...
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki xkisah auratnya terbuka...
wanita kini bebas binasa.....
~ukht Fatimah Syarha~
lelaki jenis apa zaman ini??
dirinya sendiri tidak terjaga....
rosak binasa ummah dan bangsa..
ayuhlah syabab!
usah dayus...
kelak dosa,kamu yang menanggung!!
~ana~
Teringat kembali, baru-baru ni saya ada letak satu status
yang di atas ini dalam 1 group. Namun ada seorang hamba Allah yang agak marah
dengan status itu. Yang pasti dia adalah seorang LELAKI.
Dia kata, ‘dosa sendiri buat, tapi nak salahkan orang lain
pulak. Dia yang tak pandai nak jaga diri.’ Rungutnya.
Ya, betul. Perempuan memang dilahirkan sebagai insan yang
agak lemah. Ibarat tulang yang bengkok, jika di bentuk dengan keras, maka
patahlah ia. Harus berhati-hati dalam mendidik. Perlu sentiasa ditegur dan di
beri peringatan.
Tujuan sebenar
bukanlah ingin menghina lelaki. Jauh sekali di sudut hati, ini adalah teguran
yang cukup indah demi menjaga mereka kelak. Kerana sayangnya kita pada mereka
sang lelaki. Justeru, ingatlah…. Jika saudara kita ingin terjun ke neraka,
kitalah yang berperanan untuk menariknya kembali dari azab itu.
Duhai lelaki, kamu dilahirkan sebagai sebagai seorang
pelindung. Bukan dayus semata-mata.
Ar-rijalu Qawwamuna ‘alannisa.
Namun
disini bukan bermakna wanita itu tidak mampu untuk berdiri sendiri. Kasihanilah
saudara lelaki kita. Jagalah dirimu agar menjadi mawar yang berduri. Akan
menusuk tangan sesiapa yang akan cuba memetiknya.
Oleh
itu wanita, usahlah kau membebankan lelaki. Jagalah diri sebaik-baiknya kerana
ada 4 jenis lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya
dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan
tanggungjawab yang dipikul. :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah
tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus
memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
4 jenis lelaki ditarik perempuan ke
neraka.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
p/s:Dedikasi ini khas buat Allahyarham Hj Mohd Daud b.
Yusoff, ayah yang terbaik dalam dunia ini. Sehingga ke akhir hayatnya, jasanya
pada anak-anak tidak pernah terhenti. Syukran. Hanya Allah yang mampu membalas
jasamu,duhai ayah.
Sumber:
- Syabab Musafir
Kasih.
- See more at:
http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/peranan-lelaki-dalam-mendidik-wanita.html#sthash.266lDrL6.dpuf
No comments:
Post a Comment