Dengan nama Allah, aku menulis……
Sabda Rasulullah SAW:
“Dunia adalah
hiasan, seindah hiasan adalah Wanita Solehah.”
Syukur Alhamdulillah kerana dengan
segala rahmatNya, pihak MPP USIM berjaya menganjurkan satu program mega iaitu
Hawa Convention 2.0 3 hari lepas dengan menggunakan hampir 90% kekuatan dan
tenaga kaum hawa. Program ini adalah program kesinambungan Hawa Conv 1.0 yang
berlangsung pada Disember lalu. Tahniah kepada ukht Nadrahtul Huda yang
merupakan pengarah program merangkap TYDP MPP USIM.
Alhamdulillah juga kali ini aku
berpeluang dan dipilih Allah untuk
sama-sama duduk dalam majlis tersebut yang berjalan selama dua hari. Dengan
sedikit bayaran, aku rasa cukup-cukup berbaloi berbanding dengan apa yang aku
dapat sepanjang program berjalan.
Terlalu banyak isu berkaitan kaum
hawa dibangkitkan dan di bahaskan oleh ustaz2 terkemuka termasuk Dr Maza, Dr
Zahazan, Dr Zulkifli alBakri dan ramai lagi penceramah-penceramah yang hebat.
Dr Yusoff al-Qardhawi ada
menyatakan: “ Sesungguhnya isu berkaitan wanita adalah isu yang sangat besar
pada zaman ini dan kesannya amat mendalam, ini kerana wanita mempunyai peranan
yang besar dalam kehidupan keluarga dan kehidupan masyarakat. Tidak mungkin
keluarga dan masyarakat itu menjadi baik, sekiranya wanita itu tidak menjadi
solehah.”
Banyak lagi ilmu lain yang mula
dipelajari. Berkenaan isu poligami dan penerimaan masyarakat, penyusuan ibu dan
pengurusan bayi. Sungguh banyak pendedahan-pendedahan awal didedahkan kepada
kami sebagai peserta.
Muslimah adalah asset utama negara.
Ramai tokoh wanita yang tidak kita ketahui siapa dia namun sumbangannya
terhadap dunia cukup besar sehingga kini. Oleh itu, sama-samalah kita menuntut
ilmu dan memartabatkan kaum wanita agar tidak lagi dipandang enteng oleh sesetengah
golongan. Menurut sabda Rasulullah SAW: “ menuntut ilmu itu adalah wajib keatas
setiap orang lelaki dan perempuan.”(Hr Ibn ‘Addiy, al-Baihaki dan al-Tabarani).
Sebelum mengakhirkan kalam kali ini,
suka sangat nak berkongsi 5 Qualities of Super Women yang di bentangkan oleh
Bro Faridzul:
1.
Character:
what you give, you get back. Starting from today, find at least 1 person to
help everyday. Kita mungkin boleh menipu diri kita, tapi tidak pada orang lain.
2.
Charisma:
anggaplah everyone is important because to become superwoman, you should learn
how to listen. Kita akan nampak berkarisma apabila kita berjaya membuat orang
lain rasa dihargai.
3.
Confidence:
only you can convince your ownself. We need to avoid using negative words
either to urself or other people. Sebab dalam badan kita banyak terkandung air.
Dan air akan terbentuk dengan apa yang didengar, diperkatakan. Jika positif,
maka positiflah. Begitulah sebaliknya.
4.
Communication:
be clear as a bell. Berkomunikasilah perkara yang baik-baik.
5.
Concentration.
Harap-harap lepas ni ada lagi Hawa
Convention 3.0. Tak sabar menunggu!!! Harap lebih ramai yang dapat menyertai
program-program seperti ini. Setakat ini sahaja saya mampu berkongsi untuk kali
ini… Be a gud Muslimah, Be a super women! InsyaAllah. Allah ada bersama kita.
Mungkinkah kita Sumayyah abad ini or
Zainab alGhazali? Ataukah berilmu seperti Aisyah ummahatul mukminin?? Mari
menjadi mukminah!!!