Seisi dunia kini gamat membicarakan
soal keganasan sesama saudara seislam di Mesir. Apa yang menyayat hati, orang
islam di tembak sesuka hati dalam banyak keadaan hatta ketika sembahyang
sehingga menemui syahid. Indahnya mereka yang pergi dalam husnul khatimah.
Namun kita yang masih tinggal, apakah layak untuk kita memburu syahid?
Teringat pada status seorang senior
petang tadi, apabila kita sebut soal perkahwinan, dalam hati(bg yg masih
bujang) mesti ada terdetik, bilalah kita akan kahwin? Namun, cuba bicara soal
mati,ada kah perasaan kita juga sama seperti situasi tadi? Jawapan mungkin
berbeza. Ditahap mana kedudukan iman kita??
Negara-negara islam yang lain sibuk
dihujani peluru-peluru dan senjata yang membunuh. Mereka tidak sedikit pun
takut untuk bangun mempertahankan apa yang haq. Namun kita disini telah terbius
dalam satu penyakit yang di panggil ‘al-wahnu’. Terlalu cintakan dunia dan
takutkan mati. Inilah sifat pengecut masyarakat kita. kerana apa? Kita sudah
dibutakan dengan pelbagai serangan hedonism sehingga terpasak dalam setiap diri
kita penyakit itu.
Syawal yang sepatutnya menjadi satu
kemenangan buat umat islam. Tapi kini diraikan dengan titisan-titisan darah
para mujahid/ah yang terkorban. Barangkali kita yang melihat ianya satu
kengerian. Hakikatnya, itulah kemenangan yang hakiki buat mereka sang pemburu
syahid. Sungguh kita tidak mampu untuk menjadi sperti mereka. Jadi berdiam diri
sahaja?
Tidak…. Tidak sama sekali.. jika
mereka yg khianat sanggup menembak saudara kita dengan peluru. Ayuh kita
tembakkan doa dari jauh kepada saudara kita yang sedang berjuang. Berikanlah
mereka kemenangan dan jatuhkan para taghut di mesir…heentikan kekejaman… untuk
apa kita diciptakan bersaudara jika tiada sedikitpun ihsan atas sikap kebinatangan
mereka yang taghut, munafik,kaum2 yg laknat….
Firman Allah dalam kitabNya:
“Dan janganlah kamu
mengatakan(bahawa) sesiapapun yang terbunuh dalam PERJUANGAN MEMBELA AGAMA
ALLAH itu orang-orang mati. Bahkan mereka itu orang-orang yang hidup(dengan keadaan
hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” Surah
al-Baqarah:154.
gambar syahid terbaru hari ini. wajahnya sedikitpun tidak nampak gentar. sebaliknya tersenyum. benarlah firman Allah di atas... husnul khatimah... jadi, ayuhlah kita memburu syahid!!!Ingatlah, yang Haq tidak akan pernah sirna walau dihujani bom dan peluru 1 dunia, sebaliknya kebatilan akan terserlah walau diliputi seluas lautan!
YA Allah, dengarlah doa-doa kami!
No comments:
Post a Comment