Desember 2005
Seawal pagi kakak ku mengejutkan aku bangun dari tidur. Hari ini
aku akan menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Ugama Arab Azhariah atau nama
singkatannya SMUAZ. Aku akan menghadiri satu kelas intensif musim cuti
persekolahan untuk mempersiapkan diri sebelum memasuki tingkatan satu.
Sebetulnya, kelas ini bukan diwajibkan, namun sekadar persediaan awal untuk
mempelajari asas-asas bahasa arab dan matapelajaran lainnya.
Berdebar, takut, malu dan pelbagai rasa bercampur baur menyebabkan
perut rasa memulas. Namaun, aku tidak mahu menghampakan harapan kakak yang mahu
menghantarku. Hujan turun mencurah-curah diluar rumah langsung tidak mematahkan
semangat dia. Almaklumlah, musim tengkujuh di hujung tahun.
Kami hanya menaiki teksi ke SMUAZ. Tidak sukar untuk mendapatkan
teksi di desa ini. Perjalanan dari Kg Bukit Tanah ke SMUAZ Melor hanyalah
sejauh 4 kilometer. Kakak mengajarku
cara-cara menaiki teksi agar lebih mandiri di masa mendatang.
“Hah, termenung apa lagi. Kita dah sampai pun. Jom masuk.” Teguran
kakakku menyambar cuping telinga.
“hmm okay” aku hanya membuntuti langkah kaki kakakku.
Melewati bangunan-bangunan SMUAZ sungguh mendebarkan. Semuanya
tertulis dalam bahasa arab. Sungguh aku tidak faham pada ketika itu hatta
perkataan ‘idaroh’ yang terpampang di pintu pejabat pun aku tidak mengerti.
Disebabkan kejahilan itulah memaksa aku memasang tekad untuk bersungguh-sungguh
mepelajari bahasa arab.
Kini, aku berdiri di depan pintu kelas. Kakak mengetuk pintu,
ketika itu, hanya ada beberapa orang pelajar perempuan didalamnya. Masih
terlalu awal barangkali. Seorang pelajar menghampiri. Bertudung labuh dan
berkulit putih. Dia menyalami kakak dan menghulurkan tangan padaku.
“Yati, ni anak ustazah Masyitah. Che Norina.” Ucap kakak.
Kami berbalas senyuman. Cantik namanya. Empunya badan juga nampak
juga nampak ramah.
“Kalian bersahabatlah ya. Ina, tengok-tengokkan yati juga ya.”
Pesan kakak sebelum meninggalkan aku di kelas itu.
Hari pertama di kelas intensif, tidak banyak yang dapat aku
belajar. Sekadar berkenalan dengan madah-madah baru dalam hidupku. Kawan aku
bertambah. Syamira, madihah, suziena. Namun aku masih lagi menyendiri.
Keesokannya, kawan rapatku semasa disekolah rendah turut serta ke
kelas intensif. Alangkah sukanya aku pada waktu itu. Siapa lagi kalau bukan
Fithri Yaani. Nama manjanya Kucik. Hari-hari seterusnya, tidaklah aku
kesunyian.
Pada hari seterusnya, aku melihat seorang pelajar perempuan
bergaduh dengan beberapa orang pelajar lelaki. Namun tidak berani menegur
lebih-lebih lagi pelajar perempuan itu nampak agak garang.
“biar sajalah Kucik. Hal mereka. Jom pergi kedai sebelah. Beli
donut.” Hujan-hujan macam ni, makan apapun semuanya sedap.
Nak dijadikan cerita pada hari itu, Kucik memakai sehelai tudung
Akel yang sama corak dan warnanya dengan seorang pelajar perempuan yang
bercermin mata. Apalagi tersenyum-senyumlah mereka berdua sehingga membawa pada
satu perkenalan. Fatma Husna namanya. Ketika itu aku mula bersahabat baik
dengan Fatma, Kucik dan Norina. Setelah sebulan belajar intensif, maka tamatlah
kursus itu. Lagi dua hari aku akan mendaftar di sekolah yang sama.
Satu petang, Aida datang kerumahku bersama ibunya. Bertanyakan
perihal sekolah yang akan aku jejaki. Lalu aku mengajak Aida ke sekolah yang
sama. Tidak dijangka, aida langsung bersetuju. Alhamdulillah. Bertambah lagi
seorang.
Januari 2006
Hari pendaftaran sekolah !!! macam ragam dan kerenah boleh tengok
pada hari pendaftaran. Semuanya muka-muka suci lagi. Nampak baik semuanya.
Alhamdulillah berjalan lancar proses pendaftaran. Jiran sebelah rumah aku turut
mendaftar di SMUAZ, Zull.
“Yati, meh saya perkenalkan kawan-kawan yang lain. Ini Aisyah.”
Norina perkenalkan aku dengan pelajar yang dlu pernah bergaduh degan budak
lelaki sewaktu kelas intensif. Kami bertukar salam. Senyuman manis terukir
dibibir. Ramah juga rupanya. First impression nampak agak sombong dan garang.
Betullah, selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik dengan saudara kita.
Aku, Kucik, Aida, Norina, Fatma dan Aisyah mula bersahabat baik.
Meja disusun rapat-rapat didalam kelas. Di meja belakang, Fatma berkenalan
dengan si ayu, Amalina. Lalu bertambahlah ahli kumpulan kami kepada tujuh
orang.
18 Mei 2006
Hari berlalu silih berganti. Segala hujan badai ombak gelora
sebagai pelajar sekolah agama di tempuh bersama-sama. Disaat itu aku dan seisi
SMUAZ menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Sekolah digemparkan dengan
kematian seorang sahabat sekelas ku yang pulang keRahmatullah akibat kemalangan
jalanraya sewaktu pulang dari sekolah. Lokasi kejadian berhampiran sekolah.
Kepala arwah digilis bas Triton di tempat kejadian. Suasana sedih dan pilu
menyelubungi sekolah lebih-lebih lagi kami yang sekelas dengannya di 1 Bukhari.
Sukar menerima kematian seorang rakan sekelas yang setiap hari
bergelak tawa bersama-sama. Namun takdir Ilahi tiada siapa yang mampu untuk
menghalang. Al-Fatihah buat Arwah Syukri. Moga dirimu tenang diSana. Dirimu
masih sehelai kain putih tanpa kotoran apa pun.
2007
Aku menjejakkan
kaki ke tingkatan dua. Makin meningkat remaja. Persahabatan terjalin semakin
erat. Berprogram bersama-sama dan buat kerja sama-sama. Ahli baru kumpulan kami
bertambah dua orang pada tahun ini. Najihah dan Hafizah.
Tahun ini, keluargaku berpindah rumah ke Pasir tumboh. Aku
memberontak tidak mahu mengikuti mereka ke sana. Jika aku turut serta,itu
bermakna aku juga turut berpindah sekolah. Oh no! tidak mudah bagi ku. Mujur
aku dikurniakan seorang ayah yang memahami. Aku dibiarkan tinggal bersama nenek
tiriku yang juga merupakan nenek tiri Zull. Syukur, Alhamdulillah!
Bermulalah kisah hidupku bersama nenek tiri. Tapi dia bukan nenek
tiri yang jahat seperti yang dimomokkan dalam drama-drama melayu. Lantaran
kehidupan keluarga yang agak susah, nenekku turut menyara persekolahanku.
Kucik, Norina dan Fatma dilantik sebagai pengawas. Hihi, tapi
perangai tak ubah seperti biasa. Depends on time la. Kalau perlu bertegas, maka
bertegaslah. Tahun ini kakak ku melanjutkan pelajaran ke Darul Quran JAKIM
bersama akh Judin. Aku kehilangan pemantau tetap ketika disekolah.
Kehidupan sehari-harian bertambah-tambah ceria dengan kehadiran
sahabat disisi. Setiap hari pulang bersama. Sebelum pulang, menjadi aktiviti
wajib bagi aku, Hafizah, Fatma, Kucik dan Aida untuk menjejakkan kaki sekitar
pasar melor meskipun tiada sebarang keperluan untuk dibeli ketika itu. Sekadar
mencuci matalah katakan.
Demikianlah kisah kami setiap hari. Adakalanya makan aiskrim
bersama-sama yang dibeli di kedai roti. Alangkah indahnya saat-saat itu. Kerja
kursus menjengah. Kedai AD milik ayah Amar ditapaki. Walaupun agak jauh, kami
terbiasa berjalan kaki ke sana ke mari. Semuanya dilakukan bersama-sama.
PMRU!!!!
2008
Tahun ini, aku pula dilantik sebagai pengawas sekolah. Seperti
biasa tugas-tugas pengawas. Menapak ke tingkatan tiga bukanlah sesuatu yang
mudah. Tahun ini kami berdepan PMR! Belajar Bahasa Arab Komunikasi dengan
ustazah Tuan Som yang menakutkan. Alhmdulillah, natijah mengagumkan.
Pelbagai kisah dilalui. Ada yang sudah mula pandai bercinta,
bergaduh, dan macam-macam lagi kerenah dan krisis. Tidak sah dalam persahabatan
jika tiada persengketaan. Namun segera dirungkai dengan kemaafan. Apa yang
penting, di hujung tahun kami mengadakan majlis perpisahan bersama guru-guru.
2009
Ramai kawan-kawan yang mendapat result yang cemerlang dalam PMR.
Ada yang mengangkat kaki ke sekolah yang lebih baik. Antara mereka ialah
sahabat baik kami iaitu Che Norina dan hisyamuddin. Mereka berdua nekad
bertukar ke Maahad Amir Indra Petra.
Bagai sirih pulang ke junjung! Begitulah diumpamakan dengan Norina.
Tidak sampai seminggu dia kembali semula ke SMUAZ. Barangkali tidak betah di
sana. Maka bersatulah kembali kami Sembilan orang.
Kegembiraan aku tidak lama. 02032009 ayah dan juga heroku dunia
akhirat telah pergi buat selama-lamanya menyambut seruan Ilahi. Sekali lagi aku
berhadapan dengan kehilangan. Kunjungan sahabat-sahabat dan guru-guru yang
prihatin memberi aku sinar harapan dan new spirit untuk meneruskan langkah.
Berita sedih bertamu lagi. Mak dan adik beradik yang lain memintaku
untuk pulang tinggal bersama keluarga di Pasir Tumboh. Pelbagai alasan dicipta.
Sekali lagi aku berjaya mempertahankan keinginan tidak mahu bertukar sekolah.
Aku dan sahabat mula diberi kepercayaan untuk memimpin satu kem penghayatan
buat junior. Hurm, agar sukar untuk menjayakan satu-satu program sehingga
akhirnya terjadi perbalahan antara aku dan sahabat-sahabat yang lain.
Alhamdulillah kejadian itu tidak lama.
SMU!!!
2010
Kejayaan tidak selalunya berpihak padaku. Tahun ini tiada kompromi
bagiku. Aku terpaksa juga bertukar sekolah atas kehendak keluarga yang
mendesak. Pertukaranku langsung tidak diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain.
Aku takut berhadapan dengan perpisahan. Ketahuilah hanya jasad yang terpisah.
Perhubungan kita berjalan seperti biasa.
2011
Kucik diterima masuk ke Maktab IPG bangi. Aisyah dan Najihah
menjejakkan kaki ke Unisza. Amalina ke UIA. Hafizah STPM di Naim lilbanat. Aku
tetap STAM di Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.
Hanya tinggal Fatma, Norina, Aida yang meneruskan perjuangan terakhir di
SMUAZ. Jasad-jasad bercerai jauh. Namun masih berpeluang untuk bertemu.
2012
Alhamdulillah dengan keputusan STAM yang tidak seberapa melayakkan
aku, Norina, Fatma serta sahabat-sahabat
yang lain seperti Mastura, Syamira, dan Anuar ke USIM. Namun takdir
sekali lagi menguji. Fatma bertekad untuk ke Jordan, bumi pilihanya.
Ditengah-tengah kesibukan orientasi pelajar baru USIM. Aku, Norina,
Syamira dan Mastura bergegas ke KLIA untuk berpamitan dengan Fatma. Atas Izin
Allah, semuanya berjalan lancar meskipun kami masih baru di ibukota. Demi
persahabatan yang setelah sekian lama terjalin. Selamat berjuang
sahabat-sahabat even kat mana pun kita tercampak saat ini. Perginya untuk DI
DIDIK, pulang nanti kita akan MENDIDIK anak bangsa.
2013
Saudara Farhan Alias dijemput Ilahi.alfatihah.
Aku dan Norina, Madihah kini kembali ke SMUAZ sebagai penggerak
ALUMNI Al-Azhari. Sukar untuk dipercayai secepat itu masa berputar membawa kita
datang dan pergi. Semoga semuanya tidak ternoktah disini. Bumi Azhariah yang
kian kontang masih boleh disuburkan!
Imam Syafie banyak memberi pedoman dalam
memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu
berkongsi suka dan duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu
susah,katanya:
“ Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika
susah lebih mendekati kepada musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi
dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang
hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati sehingga
pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu Negara,namun tidak satu Negara pun
yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Syafie juga meminta kita berhati-hati
memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa kebaikan dan begitulah
sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga
nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,tinggalkanlah dia dan jangan
bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi
penggantinya. Berpisah dengannya beerti istirehat.”
“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang kamu cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika
cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang
dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan
mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang
terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. ”
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya
dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam
Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai
rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku
berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku
dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan
rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu
kepada orang yang aku cintai. ” benarlah kata-kata Imam Syafie. Tidak seorang
pun yang berhak disisihkan di dunia ini selagi Allah meredhainya.
Banyak ujian kita lalui bersama selama bertahun-tahun. Suka duka,
kita tempuhi bersma. Bertemu dan berpisah kerana Allah. insyaAllah!
Dari hayati buat kalian:kucik,fatma,na, jihah,pijah,isyah,aida dan
lina. Juga geng kelas Bukhari 06-11 Semoga Allah terus meredhai kalian walau di
mana sahaja berada! Setitis air mata buat kalian sebagai tanda rindu yang tidak
berbelah bahagi. Maaf cerita yang agak mengarut atau sesiapa yang terasa dengan
cerita ni.untuk kita2 n suka suki jer. J peace no war!
Sahabat – devotees
Ku layarkan kerinduan di lautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
Masih segar di ingatan saat mesra berputik,
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi….
Sahabat…
Kau sesungguhnya temanku dikala duka dan lara,
Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan embun hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu yang menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah yang terakhir,
Dan aku….
Masih disini terus mendakipuncak tertinggi hidupku,
Dan aku…
Terus menanti saat yang manis akan berulang kembali…
SAHABAT…..