Assalamualaikum sahabat-sahabat yang tercinta.
Salam satu akidah buat semua saudara seagama. Hakikat bahawa kita sebagai seorang muslim
dan pelajar sekolah agama amnya perlu memantapkan akidah dalam diri sendiri
terlebih dahulu sebelum kita memperbetulkan akidah orang lain. Pernah tak kita
ditanya oleh non-muslim persoalan-persoalan berkaitan agama kita terhadap kita?
berkaitan aurat mungkin? Kenapa tudung diwajibkan buat muslimah? Benarkah Allah
itu wujud? Soal trinity atau perbezaan islam dan kristian. Arghhh soalan
sebegini agak membebankan benak kita. agak-agak,boleh tak kita nak menunaikan
jawapan yang dituntut mereka?
Mungkin boleh, namun agak sukar untuk kita kemukakan hujah yang
kukuh bagi meyakinkan orang yang bertanya. Untuk menjawab persoalan berkaitan
akidah terlalu sukar sebenarnya. Ia memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi dan
mantap bukan sekadar andaian biasa. Sekiranya kita tersalah menjawab, maka
rosaklah akidah kita. malah orang yang bertanya juga semakin menjauh dari agama
islam. Ah, alangkah takutnya jika hal yang sedemikian berlaku pada kita
sedangkan akidah adalah tunjang dan akar utama dalam hidup kita.
Tambahan lagi, saya selaku student pengajian agama pengajian akidah
dan agama amat besarlah ujian yang menanti diluar sana. Mungkin bukan sekarang,
tapi akan datang. Siapa tahu? Maka apa
yang perlu kita lakukan?
PERSIAPKANLAH DIRI!
Hari ini, saya telah membeli 5 buah buku yang saya kira cukup
penting iaitu perdebatan islam kristian antara tokoh terkenal(Sheikh Ahmad Deedat)
dan orang2 kristian. Antaranya:
1.
Jesus Christ(Nabi Isa) Bukan Tuhan
by Sheikh Ahmad Deedat vs Dr.Anis Shorrouh.
2.
Rasulullah Dalam Kitab Suci
Kristian(kompilasi minda:Sheikh Ahmad Deedat dan Sheikh Abd Wahhab Abd Salam
Thawilah)
3.
Adakah Jesus Christ (Nabi Isa)
Tuhan? By Sheikh Ahmad Deedat vs Pastor Stanley sjoberg.
4.
Adakah bible Firman Tuhan Yang
Sebenar? By sheikh Ahmad Deedat Vs Pastor Stanley Sjoberg
5.
Benarkah Bible firman Tuhan? By
sheikh Ahmad Deedat Vs Jimmy Swaggart.
Kelima-lima buah buku itu telah diterjemahkan oleh Muhammad Romzi
Omar. Siapa yang tida terkenal dengan pendebat terkenal itu, Sheikh Ahmad
Deedat? Jadi tak salahlah untuk kita mengupas apa-apa perbahasan yang
terkandung dalam buku-buku ini.
Apa salahnya kita berhabis sedikit untuk Islam tercinta, betul tak?
Ilmu itu tidak akan datang bergolek. Jadi kitalah yang perlu berusaha mencari
ilmu itu. Macam promosi pula. Haa sebelum terlupa, ada sebuah lagi buku yang
saya beli bersama-sama buku tadi iaitu Kaum-Kaum yang Pupus by Harun Yahya. So,
kita boleh singkap kembali bagaimana kisah-kisah makhluk yang dikutuk oleh
Allah seperti kaum ‘ad, thamud dan
kristian untuk diambil sebagai pengajaran dan ibrah. Harap semua boleh
mengambil pengajaran dan ikhtibar meskipun benda itu telah lama berlalu. So,
tunggu apa lagi? Ayuh membaca. Harap dapat khatam semua walaupun mungkin agak
lambat lantaran esemen yang banyak menunggu giliran. Huhuh.
Firman Allah S.W.T: sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat
org-orang yang berilmu.
Jadi tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Selamat
membaca sahabat! Wallahu Taala ‘allam.
No comments:
Post a Comment