ABI HABIBI…
27 feb 2009
Pagi jumaat yang sungguh nyaman dan
cuaca yang begitu baik. Angina bertiup membelai pipi Qasrun yang mulus. Selesai
membasuh pakaian kotor, qasrun mencapai nota balaghah. Banyak benda yang perlu
dihafal meskipun persekolahan masih di awal tahun. Nota dibelek dari muka ke
muka dan pipi ke pipi.
“Assalamualaikum..”
Sapa suara yang cukup dirindui.
“Waalaikumussalam,
ayah!” lantas salam dijawab mesra. Qasrun meluru menuruni anak tangga rumah
untuk mendapatkan ayahnya. Tidak disangka ayahnya akan datang melawatnya di
hari minggu.
“Kamu
sihat, qasrun?” tanya ayah prihatin.
“Alhamdulillah.
Ayah bagaimana? Datang seorangkah? Mak mana?”
“Mak
kamu tak datang Qasrun. ayah datang dengan abang kamu, Fadli. Dia singgah di
masjid tadi.” Jawab ayah sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan.
Kelihatan Abang Fadli sedang berbual-bual dengan Pak Long(siak masjid).
“Nenek
mana Qasrun? ayah tak nampak dia pun.” Soal ayah lagi.
“Nenek
macam biasalah ayah. Pergi mencuci di rumah Cikgu Rahman. Sekejap lagi baliklah
tu. Ayah duduklah dulu, qasrun bancuh air sebentar.” Langkah diatur ke dapur.
Sudah tiga tahun qasrun tinggal bersama neneknya di rumah yang sedikit using
ini setelah keluarganya terpaksa berpindah ke Pasir Tumboh. Kesempitan wang
memaksa mereka berbuat demikian.
Kopi
panas dan biskut kering dihidang di ruang tamu. Qasrun segera menjemput ayahnya
dan abangnya yang baru melangkah masuk untuk menjamah minuman panas
kegemarannya itu.
“Ayah
datang ni kerana nak bagitahu kamu, ayah belum ada duit belanja untuk kamu.
Ayah dah dua hari tak ke kuala untuk menjala ikan. Tapi ayah janji, hari Ahad
ayah akan hantar duit belanja kamu di sekolah ya.” Jelas ayah. Penjelasannya
menghiris perasaan kecil qasrun. bukan kerana ayahnya tidak mampu untuk menyediakan
wang saku buatnya, tapi dia tidak mahu
ayahnya terbeban kerananya. Kedut-kedut di wajah ayah jelas menggambarkan
keperitannya menyara dan membesarkan anak-anak.
“Ya
Allah, tak mengapa ayah. Qasrun tak kisah pun. Lagipun qasrun masih ada duit
belanja sebab nenek selalu aje bagi duit belanja ke sekolah. Ayah jangan risau
pasal qasrun lagi ya.” Qasrun cuba menghapus kerisauan yang bermukin di hati
ayahnya.
“Betulkah
qasrun? kalau macam tu, lega sikit hati ayah.” Senyuman terukir dibibirnya.
Itulah kelebihan ayah. Sentiasa tersenyum meskipun diri dihimpit derita.
“Qasrun,
kami tak boleh lama-lama disini. Ayah ajak abang pergi rumah Pak Mat sekejap.
Katanya dia kena serangan strok.” Abang Fadli bersuara.
“Innalillah.
Benarkah? Jadi tak sempatlah ya nak tunggu nenek balik?” tanya qasrun.
“Hmm
tak apalah qasrun. lain kali sajalah. Nanti sampaikan salam ayah pada dia.”
Qasrun mencapai tudung lalu disarungkan ke kepala.
“MasyaAllah,
panjang umur nenek kamu. Tengok tu, dia dah balik. Allah masih bagi jodoh nak jumpa
dia lagi.” Ujar ayah tersenyum. Nenek melajukan langkah apabila melihat tetamu
yang datang.
“Dah
lama kamu samapai, Daud?” soal nenek tanpa sempat menghulurkan salam. Teruja
barangkali.
“Baru
aja nek. Tapi kami dah nak balik.” Abang Fadli menjawab sambil menyalami
neneknya.
“Kenapa
nak cepat sangat? Dududklah dulu. Rumah kamu tak akan lari.” Seloroh nenek.
Kami semua tertawa.
“Kami
ada hal. Nak ziarah Pak Mat sakit.”
“Mak
pun athma ni. Kamu tahu tak apa ubatnya Daud?” soal nenek.
“Alah
mak, kalau ubat athma tu memang senang aje. Mak lari sekitar rumah. Nanti
sembuhlah.” Jawab ayah selamba. Berseloroh.
“Ha
baguslah tu Daud. Kamu memang nak mak cepat mati.” Tangan kanannya menampar
lembut bahu anaknya. Dia tahu Daud hanya berseloroh. Qasrun dan Fadli ketawa
memandang keakraban dua beranak itu.
“Maaflah
mak. Saya bergurau sahaja. Qasrun, ayah pergi dulu ya. Jagakan nenek dan jaga
diri. Belajar bersungguh-sungguh. Ayah tak punya harta nak tinggalkan pada
kamu. Hanya ilmu yang akan membantu kamu nanti. Ingat tahu pesan ayah ni.”
Tangan kasar ayah disalami lagi. Kenapa hatinya begitu sebak kali ini. Bukan
sekali dia menerima pesanan itu dan bukan sekali dia menyalami tangan itu.
Tangan kasar itulah yang menjadi bukti kelak usaha ayahnya mencari sesuap nasi
buat anak-anaknya. Qasrun hanya mampu mengekori pemergian ayahnya dengan
pandangan mata. Jauh dalam sudut hatinya berbisik doa buat ayahnya yang
tercinta itu.
1 Mac 2009
Qasrun menerima kunjungan ibunya
menjelang waktu rehat di sekolah. Tepat sekali seperti yang dijannikan oleh
ayahnya dua hari lepas. Ayah tak pernah memungkiri janjinya.
“Mak
sihatkah?” Qasrun memeluk ibunya.
“Sihat
saja Qasrun. nah duit belanja kamu. Mak minta maaf sebab lambat hantar. Kamu
kena faham, kalau hari hujan kami tak dapat ke kuala kalau hari hujan. Nanti
ayah kamu sakit.” Ibu cuba memberi penjelasan. Dua helai not Rm 10 bertukar
tangan bersama pisang goreng.
“Tak
mengapa mak, qasrun faham. Ayah mana mak?” Soal qasrun kerana tidak kelihatan
wajah ayahnya. Kata mak, mereka dari Kok Lanas setelah selesai menjual ikan di
sana.
“Ayah
ada dalam kereta. Dia malas nak masuk. Ayah sampaikan salamnya pada kamu. Mak
pun tak boleh lama-lama kat sini. Hujung minggu ni kamu balik ya Qasrun.” pesan
ibunya.
“Baiklah
mak. Sampaikan salam qasrun kembali pada ayah.” Sekali lagi dia memeluk ibunya.
Kesal hatinya kerana tidak dapat bertemu ayahnya. Namun dia cuba memujuk
dirinya sendiri.
2 Mac 2009
Hari persekolahan berjalan seperti
biasa. Selesai solat zohor berjemaah, qasrun berborak-borak seketika
bersama-sama sahabatnya di masjid berhampiran Sekolah Menengah Ugama Arab
Azhariah Melor sementara menunggu kelas tambahan Prinsip Akaun bermula. Namun
qasrun sedikit murung tidak seperti kebiasaanya yang selalu riang.
“qasrun,
kamu kenapa senyap sahaja?” soal Hafizah, teman rapatnya.
“Tak
ada apa. Cuma saya rasa tak sedap hati pula. Hmm lupakan aje. Jom, kelas dah
nak mula.” Qasrun sendiri tidak tahu apa puncanya.
Hujan
turun dengan lebatnya di luar kelas. Langit kelihatan biru tiada tanda-tanda
hujan akan berhenti. Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 3.30 petang.
Qasrun ingin segera bergegas pulang ke rumah neneknya kerana hari hujan sukar
sekali untuk mendapatkan teksi. Takut nanti kemalaman pula di sekolah.Qasrun dan
3 orang lagi sahabatnya singgah sebentar di Celcom Centre untuk mereload top
up.
Nasib
mereka agak baik kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan teksi pada
hari ini. Syukur pada Ilahi.
Sesampai
sahaja di rumah, qasrun segera mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek.
Butang on ditekan. Memang menjadi kebiasaan qasrun untuk meng‘off’ telefonya
sepanjang hari persekolahannya.
Setelah
telefon menyala, berderet mesej menyapa inbox qasrun. semuanya panggilan dari
abang dan kakaknya.
‘Ahh
kebetulan barangkali. Kenapa pula mereka menelefon aku hari ini?’ pelbagai
persoalan menerjah ruangan benak qasrun saat itu. Namun dia mengabaikan sahaja.
Azan
asar kedengaran dari masjid bersebelahan rumah neneknya. Nombor telefon
kakaknya yang berada di Darul Quran ditekan. Khabarnya Kak Aisyah akan pulang
malam ini. Qasrun terlalu rapat dengan kakaknya yang seorang itu. Qasrun tidak
menunggu lama panggilannya untuk berjawab.
“Hello
akak, assalamualaikum. Kakak sihatkah?” soal qasrun seperti biasa. Namun kakaknya
hanya diam seribu bahasa. Sayup-sayup kedengaran sedu sedan kakaknya itu.
“Kakak
demamkah? Jadi tak pulang malam ini?” soal qasrun lagi. Masih tak bersahut.
Tiba-tiba telefon bertukar tangan.
“Hello
adik, ini kawan Kak Aisyah. Harap adik banyak bersabar. Ayah adik dah
meninggal.” Ucap suara itu. Kelu lidah qasrun. semuanya bagaikan mimpi. Telefon
terhempas namun segera di capai. Nombor Kak Hana segera di tekan. Kak Hana
salah satu kakaknya yang tinggal bersama ayah di Pasir Tumboh. Panggilan segera
bersahut.
“Hello
Kak Na. Kat mana ni? Betulkah yang Qasrun dengar?” suara qasrun sebak dan
tersekat-sekat. Sukar buatnya untuk meluahkan kata-kata.
“qasrun
dengar dulu. Sabar ya. Allah lebih sayangkan ayah. Sekarang akak di Hospital
Pasir Puteh. Adik bersiap-siaplah ya. Sekejap lagi adik tumpang van jenazah
bersama kami. Arwah ayah akan di bawa pulang ke rumah Pak Su.” Rumah Pak Su
tidak jauh dari rumah nenek. Nenek belum mengetahui khabar ini kerana dia tiada
dirumah. Kehairanan makin bersarang di hati qasrun. Kenapa ayahnya dari
hospital Pasir Puteh sedangkan rumahnya di area Kota Bharu.
Qasrun
bergegas ke bilik air untuk berwudu’ dan solat asar. Baju sekolah yang
tersarung di badan di tukar. Hujan lebat di redah. Qasrun terpaksa menunggu
seketika kerana van jenazah yang dimaksudkan masih dalam perjalanan.
Beberapa
minit kemudian, sebuah van jenazah berhenti tepat dihadapannya. Qasrun terasa
bagaikan satu mimpi bahawa yang berada dalam van jenazah itu adalah ayahnya.
Orang yang telah membawanya mengenal dunia. Air mata tak mampu dikawal. Hatinya
luluh. Namun, kaki tetap melangkah menaiki van jenazah itu. Mak ada bersama
jenazah ayah di belakang sementara qasrun dan Kak Hana bersama pemandu di
bahagian depan.
Segala
persiapan telah tersedia sewaktu jenazah tiba. Sudah ramai yang maklum mengenai
hal ini. Mak mengarahkan abang untuk menjemput nenek di rumahnya kerana dia
belum mengetahui akan hal ini.orang ramai berduyun-duyun datang termasuk
beberapa orang sahabat qasrun.
Wajah
ayah kelihatan tenang disebalik kain nipis yang menutupi mukanya. Ayah
meninggal sewaktu ke Kuala Semerak, Tok Bali untuk menangkap ikan. Malangnya
hari hujan dan keadaan terlalu sejuk. Sakit jantung menyerang ayah lagi lalu
ayah tidak sedarkan diri lalu menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 2.30
petang di Semerak,tempatnya mencari rezeki. Begitulah informasi yang singgah di
telinga qasrun.
Begitu
mulianya hatimu ayah. Di saat-saat akhir hayatnya, dia tetap pergi untuk
mencari sesuap nasi dan rezeki buat anak-anaknya. Hidupnya tak pernah mengenal
erti putus asa dan lelah. Akan tetapi, ayah tidak sempat merasa jasa
anak-anaknya.
Tepat
jam 11.30 malam, ayah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Bukit
Tanah. Namun qasrun tidak menghadiri pengebumian ayahnya kerana keadaan diri
yang tidak mengizinkan. Perasaan bersalah itu menghantui perasaan qasrun
sehingga kini. Namun apakan daya, masa itu tidak boleh diundur lagi. Qasrun
redha dengan ketentuan yang ditetapkan.
Kini,
qasrun belajar untuk redha atas segala takdir. Kehidupan tetap akan diteruskan
walau apa jua dugaan yang menanti dihadapan kerana dia tahu, setiap yang
bernyawa itu pasti akan merasai mati (ali-imran:185). Lalu persiapkanlah
wahai diri-diri untuk menghadapi kematian. Hargai insan yang berada di
sekelilingmu.jangan nanti apabila dia pergi, baru kita tersedar akan apa yang
kita lakukan.
Kini
sudah empat tahun peristiwa itu berlalu. Namun, segal-galanya msaih segar
diruang minda. Mata ini telah menyaksikan banyak kematian orang-orang yang
terdekat.
PUISI BUAT ABI(HJ MOHD DAUD BIN
YUSOFF)
ABI,
HADIRMU DALAM HIDUPKU SEKEJAP CUMA,
DIKAU TERLALU BANYAK MENABUR JASA DAN BAKTI,
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP PERMATA-PERMATA HATIMU.
ABI,
AKAN KU INGAT SEGALA JERIH PERIHMU,
MEMBANTING TULANG MENGERAH TENAGA,
DEMI SESUAP NASI ANAK-ANAKMU,
ABI,
DIKAU PERGI TATKALA ANAK-ANAKMU SEDANG MENUJU DEWASA,
TATKALA ANAK-ANAKMU MULAI BERJASA,
TATKALA ANAK-ANAKMU MULAI MENGENAL ERTI HIDUP,
NAMUN DIKAU TIDAK PERNAH MERASA..
DIRIMU TIDAK MENGENAL ERTI KESENANGAN DUNIA.
ABI,
SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU,
AKU YAKIN DIKAU BAHAGIA DI SANA,
DOAKU DIKAU BERSAMA GOLONGAN AL-MUQORROBIN,
BERSAMA PARA SOLIHIN,
INILAH DOA DARI ANAK-ANAK YANG MERINDUIMU,
MENCINTAIMU SELAMA-LAMANYA…DUHAI ABI…
(AL-FATIHAH……)