Teringat kembali saat-saat mula-mula
menjejaki kaki ke universiti. Sungguh diri tidak tahu apa-apa..
Kadang-kadang hanya mengikut
telunjuk orang lain dan kawan-kawan…sukar untuk
membuat keputusan senriri lantaran tidak yakin diri. Mengiyakan sahaja
pendapat orang lain tanpa menyanggah apa pun.
Seperti biasa pada awal sem,
universiti akan mengadakan pilihan raya kampus (PRK). Aku tidak hirau sangat
dengan calon-calon yang akan bertanding ketika itu. Malah cukup meluat dengan
kempen-kempen dan speaker corner yang dianjurkan mereka. Bagiku ketika itu,
mereka terlalu kempunan akan jawatan-jawatan yang bakal di sandang. Jahil nya
aku!
Lama kelamaan, minda semakin
terdedah dan pemikiran semakin positif. Aku join Liqo dan berkongsi bermacam-macam
perkara bersama naqibah. Aku dapat rasai perubahan itu walaupun tidak ketara.
Menginjak ke tahun 2.
Sekali lagi PRK berlangsung .
hadafnya untuk mengganti pimpinan yg sedia ada dan mencungkil bakat-bakat baru.
Namun kali ini ada kelainannya.
Setelah aku turut terlibat sama dalam berkpen untuk PRK, aku tahu apa hadaf
mereka yang sebenar-benarnya. Mereka tidaklah seperti yang aku sangka.
Bila diteliti, amat sukar untuk
mengangkat pejuang-pejuang islam even dimana-mana sekalipun, malah di Uni aku
sendiri. Banyak sungguh pancaroba mereka. Berbekalkan kata-kata yang manis
didengar, pengalaman-pengalaman lampau yang cukup untuk membuka mata, sungguh
sengit persaingan itu.
Aku yang hanya terlibat dibelakang
tabir turut merasa resahnya dengan saingan itu. Kami usaha sedaya mampu untuk
memprkenalkan calon yang layak kepada semua warga kampus agar mereka tidak
tersalah pilih.
Dari situ juga aku sedar, tidak
seharusnya kita memilih mereka yg kita kenal, kerana itu belum cukup untuk
membuktikan siapa mereka yang sebenarnya.
Sukar untuk meyakinkan semua orang
dengan apa yang kita perkatakan. Mungkin mereka juga seperti aku kala menjejak
kaki ke uni dahulu. Pilih yang mana suka, sedap mata memandang tanpa
menghiraukan hakikatnya.
Allah menganjurkan pada kita untuk
memilih pemimpin yang baik-baik kerana dengannya juga kita akan mendapat
sahamnya kelak.kita akan dipersoalkan. Firman Allah SWT:
"dan mereka
sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat);
kemudian orang-orang Yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang Yang
sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya):
"Sesungguhnya Kami telah menjadi pengikut kamu; maka Adakah kamu dapat
menolak daripada Kami sedikit dari azab Allah? " mereka menjawab: "Kalaulah
Allah menunjukkan jalan Selamat kepada kami, tentulah Kami tunjukkan jalan itu
kepada kamu. (sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan
mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan
diri (dari azab itu)". Ibrahim:21
Dan dalam
peringatan yang lain, Allah mengingatkan kita yang kita akan dibangkitkan
bersama pemimpin yang kita pilih semasa hayat kita:
"(ingatlah)
hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia Dengan nama imamnya; kemudian
sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya
(dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya Yang baik)
sedikitpun." Al Isra:71
Ketahuilah, tiada
kegembiraan yang lain setelah aku mendapat tahu bahawa kemenangan berpihak
kepada pejuang yang sebenar. Baru ku rasai kemanisan berjuang dan itulah
hakikat kemenangan yang hakiki.
Semoga mereka yang
terpilih it uterus menjalankan tanggungjawab seamanah mungkin dan terus
mengangkat nama islam di uni malah di persada dunia…
Islam kan terus
maju. Aku yakin itu pasti!!!