Thursday, 2 July 2015
Dah masuk 22 ka???
5 hari yang lepas is my 22nd bfday..tak der apa nk ckap..thanks mak lahirkan aku cukup sifat, xder cacat cela pun sbgai manusia n d mata manusia.. Arap d mata Allah pun sama :)
Klahiran kali ini jatuh tepat 10 ramadhan.. Im so bless. Tak pernah aku jgka yg aku akan hidup shgga mncecah umur sprti ari ni.. Kalau dlu aku tkut bla ada angka 1 kt depan usia aku. Tp skrg bnda dah nyata. Hope amal ibdah aku pun bertambah juga seiring usia ni..
Speechless.. Terharu dgn kprihatinan & doa shabat2. Plg aku suka bila kawan doakan aku 'SEMOGA JADI PENULIS'! MasyaAllah.(masuk habuk mata aku)
Pape pun prank kali ni teramatlah dahsyat.
Xprnah trgambar diruang mata aku..
Di bulan mulia smpna final exam yg berbaki 1 paper je lg,nk ucap syukur xtrhgga pd Khaliq sbb bg aku brnfas shgga skrg, mak ayah yg pnybab aku wjud di dunia fana ni, adk bradik yg sntiasa support, kwan2 yg sntiasa kgsi ska duka brsma. I love all of u..deep in my heart heart emoticon
Now, I becme 22.. Bukan mudah utk aku sbgai insan biasa hdup di zaman fitnah ni frown emoticon
Sntiasa mengharapkan doa2 shabat2 sntiasa mngiring langkahku... Seriussss, perjalanan aku masih jauh ...Mohon doa...
#10Ramadhan
#ramadhanku
#finalexamku
#mybufday
Wednesday, 17 June 2015
#Ramadhanku,# FinalExamku!
Salam Ramadhan almubarak!
Esok 18 Jun 2015 satu detik yang cukup bermakna.. buat pertama kalinya aku dan kengkawan berpuasa di bumi USIM yg bernilai ini... tapi, bukan sekadar berpuasa, malah berimtihan juga...
macam-macam program kami rangka untuk ramadhan. ODOJ, Khatam quran deng geng usrah, masak iftar sesama, berjemaah, terawih, sahur, study... banyak benda...
cuma pelaksanaannya bagaimana? risau jika ada pertelingkahan di bulan mulia ini... harapnya tiada..
lagi harapan aku, arap dapat seimbangkan antara study dan kejar pahala di bulan ramadhan.. sebab jika study dengan niat yang betul, insyaAllah juga jd satu ibadah kan?
di kesempatan yang ada ni, nak mohon berjuta ampun maaf dr sahabat handai , sedara mara, cikgu cikgi and sesapa jer yang pernah terlibah dlm hidup aku.. sama-sama kita berbuat pahala seikhlas mungkin di bulan barkah ini...
lastly, Ahlan ya Ramadhan! sangat rindukan suasananya... Ya Allah, sampaikanlah aku sehingga ke penghujung Ramadhan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu medan pesta ibadah buatku. jadikanlah aku istiqamah.. permudahkanlah imtihanku... bantulah aku dengan urusan2 harianku... Aminnn ya rabbal alamin :)
Tuesday, 2 June 2015
Top reasons: Why Jesus isn’t God?
Assalamualaikum buat semua umat slam dan pembaca yang sudi
membaca entry kali ini. Tidak lupa di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Nisfu Syaaban. Kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis tenteng
beberapa sebab mengapa Jesus(Nabi Isa AS) bukan Tuhan.
Sebagaimana yang kita
semua maklum bahawa, Nabi Isa dikagumi oleh dua buah agama yang besar di dunia
ini. Islam dan Kristian. Menurut Kristian, mereka bukan sekadar menganggap Nabi
Isa sebagai seorang utusan, malah sebagai Tuhan/Anak Tuhan. Namun, bagi kita
sebagai umat Islam, ianya cukup tidak masuk akal apabila seorang manusia di
gelar sebagai Tuhan. Menurut Islam pula, Nabi Isa adalah seorang nabi seperti
nabi dari kalangan nabi-nabi terdahulu. Islam
tidak pernah menolak kehadiran Nabi Isa. Malah turut mengagungkan baginda. Nabi
Isa di beri banyak kelebihan oleh Allah SWT seperti dapat menyembuhkan orang
buta, menghidupkan orang mati, malah Ahl Sunnah Wal Jamaah yakin bahawa Nabi
Isa akan kembali untuk melawan Dajjal satu masa nanti.
Tidak mahu berbicara lebih lanjut, saya ingin terus kepada
sebab-sebab kenapa Nabi Isa bukan Tuhan?
1-
Tuhan tidak beranak dan
diperanakkan.
Tuhan itu bukan didatangkan untuk
muncul malah, tuhan sememangnya wujud. Sebaliknya,
Nabi Isa dilahirkan melalui rahim wanita biasa iaitu Maryam. Cuma kelahirannya
adalah satu keajaiban kerana dilahirkan tanpa seorang bapa. Inilah yang
menunjukkan tentang kekuasaan Tuhan semesta alam. Jelas di sini bahawa Tuhan
tidak mempunyai permulaan akan tetapi Nabi Isa mempunyai tarikh kelahiran.
2-
Tiada Tuhan selain Allah.
Tuhan berkata: “Akulah tuhanmu, dan tiada
yang yang lain sepertiKu”.
Malah jika diperhatikan, tiada sebarang
pengakuan dari Nabi Isa yang menyatakan bahawa dia adalah Tuhan dan baginda
tidak pernah menyuruh umatnya supaya menyembahnya. Akan tetapi, Nabi Isa
menyeru umatnya supaya beriman dan patuh pada Allah yang satu.
3-
Tiada sesiapa yang dapat
melihat fizikal Tuhan.
Menurut Bible : John 1:18 “ No one has ever
see God”. Jelas sekali bahawa bible turut mengakui bahawa tiada sesiapapun yang
mampu melihat Tuhan. Akan tetapi, umat terdahulu mampu melihat, menatap dan
menyentuh Jesus.
4-
Perkataan Trinity tida
pernah disebut di dalam Bible. Jika ditelusuri sejarah, Nabi Isa tidak pernah
mengajarkan pada umatnya tentang Trinity. Trinity merupakan 1 doktrin dari Paul
of Tarsus. Dan untuk pengetahuan semua, Paul of Tarsus sendiri tidak pernah
berjumpa dengan Nabi Isa, apatah lagi
belajar dengan baginda. Hal ini cukup untuk membuktikan bahawa doktrin trinity
bukanlah ajaran Jesus dan hanya rekaan Paul of Tarsus semata-mata.
*Allah adalah satu, bukan 3 dalam satu. Dan kita
wajib menyembah Allah yang satu!
5- Sebab terbesar, Nabi Isa makan, minum, tidur
dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Ciri-ciri ini jelas
menunjukkan bahawa Nabi Isa asalah manusia biasa. Namun, ciri-ciri itu tidak
ada pada Allah. Allah tidak memerlukan sebarang sesuatu dan pertolongan untuk
meneruskan kewujudannya.
6-
Nabi Isa mengaku bahawa
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan ilmuNya terlampau luas. Akan tetapi,
pengetahuan Nabi Isa adalah terbatas.
7-
Ajaran trinity tidak mampu
diterangkan kepada anak-anak kecil. Hal ini kerana, Trinity hanya akan
mengelirukan lagi semua orang.
8-
Jesus bukan anak Tuhan. Seperti
hujjah di nombor satu. Tuhan tidak
mempunyai anak dan Tuhan tidak memerlukan human needs.
9-
Tuhan tidak berubah. Ini menunjukkan
bahawa Tuhan itu Maha Sempurna dan tidak
dapat ditandingi oleh apapun dan siapapun. Arahan Allah juga sentiasa tetap dan
tidak boleh diubah.
10-
Para nabi seperti Adam,
Musa, Nabi Isa hanyalah Allah yang membawa utusan kepada seluruh umat manusia.
Apa yang Tuhan mahukan dari kita? Sebenarnya mudah saja:
-
Menyembah Pencipta yang
satu(Allah), bukan ciptaanya.
-
Patuh kepada Allah, bukan
pada kehendak nafsu.
-
Berserah diri kepada Allah.
Sumber rujukan:
https://www.youtube.com/watch?v=YW99U4JWNEc
– The Deen Show
Translated: Asyraful Banat.
Monday, 18 May 2015
Jangan Dekati Zina
وَلَا تَقْرَبُوا
الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan
janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa': 32)
Penjelasan makna ayat
وَلَا تَقْرَبُوا
الزِّنَا
Dan janganlah kalian mendekati zina.
Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah
subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari
perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab
dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Sahabat sahabiah yang dikasihi Allah
sekalian, jelas-jelas kot dalam al-Quran Allah dah nukilkan “Jangan dekati
zina”. Allah tak kata pun, jangan berzina. Maksudnya apa?
Sekarang ni, dah banyak
artikel-artikel, buku-buku yang menulis berkenaan bagaimana kita nak menjaga
hati, soal cinta, kasih sayang, dan cara-cara nak urus fitrah dengan betul.
Tipulah kalau kita kata kita tak tahu. Dalam ceramah-ceramah pun biasanya ada
disebut soal-soal begini.
Jadi, saya hamba marhaen yang jahil
ni bukanlah nak tunjuk pandai, tapi menulis sekadar nak berkongsi rasa sahaja.
Saya pun bukanlah malaikat yang tak pernah berbuat kesilapan.
Kalian tahu tak apa benda yang
paling susah kita nak jaga dalam dunia ini? Harta? Nama? Oh, tidak sama sekali.
Tapi, hati... hanya segumpal darah kecil yang ada dalam tubuh badan kita.
Dulu-dulu, hati kecil saya ni pun
selalu dijentik dengan cinta monyet yang entah apa-apa sampai saya buat
kakak-kakak saya rasa mereka tak patut punya adik macam saya. Tak adalah teruk
sangat kisahnya. Pernahlah dulu saya ber ‘sms’ dengan kaum berlainan jenis dari
saya. Dan masa tu, anggapan saya mudah jer, Sms sajoooo (masa tu bukan ada
wasap pun lagi). Lagipun umur baru di tingkatan empat. Masa tu, saya tak pernah
pun ada rasa seperti orang lain untuk keluar dating ke apa. Jadi, saya rasa
tindakan saya untuk ber ‘sms’ itu bukanlah satu kesalahan pun. Maklumlah jahil.
Hingus pun meleleh lagi. Huhu…
Sampailah satu masa, saya baca novel
islamik kepunyaan kakak. (orang-orang
yang taraf intelektual dia tinggi, dia anggap buku macam ni adalah tak berguna,
buang masa dan duit sahaja. Malah, penulisnya sekali dianggap tak berguna dan
dipandang hina. Bukan saja-saja nak tuduh, tapi hakikat daripada perhatian yang
saya selalu nampak dengan mata kepala saya sendiri. Tapi, saya anggap
sebaliknya. Buku-buku macam nilah yang membantu hati saya).
Dari novel itu, saya belajar apa
sebenarnya maksiat hati sehinggalah ke level yang mana saya mampu sampai kepada
kehidupan saya yang sekarang. Saya mampu hidup sampai usia sekarang tanpa ada
istilah ‘couple’ or ‘couple islamik’. Bukan berniat nak bangga diri. Tapi
setiap orang punya jalan tarbiah yang berbeza. Bahkan kalian semua lebih baik
dari saya. Ini cumalah kisah terpencil saya. Dan kisah ini sudah enam tahun pun
berlalu. Syukur..
Berbalik pada topic asal, kenapa
Allah nukilkan “Jangan dekati zina” bukan “jangan berzina”? Ini bukanlah
saja-saja tanpa tujuan. Saya bagi satu contoh mudahlah, adakah orang yang ingin
berzina itu , mereka berjumpa (lelaki dan perempuan) tanpa mereka kenal terlebih dahulu lalu
berzina dengan rela dari kedua-dua pihak? Logik kah bila difikirkan kembali?
Macam tak masuk akal kan? Hmmmm…
Kejadian sama sentiasa berulang
tayang dalam episode hidup kita seharian. Hakikat setiap perzinaan itu berlaku
ada step-stepnya…
-
Mana mungkin ada yang berzina pada
hari ini tanpa melalui salah satu atau kesemua step diatas kan.. Itu sekadar
pendapat saya sahaja. Hmm, fikir-fikirkanlah.
Tak dinafikan ramai yang bercouple,
tapi tak der lah sampai ke tahap nak berzina. Nauzubillahi min dzalik. Tapi
sebenarnya mereka cenderung ke arah itu. Jangan sesekali tertipu dengan permainan
syaitan yang sememangnya pakar dalam bab ini. Moga kita semua waras dalam
tindakan.
Realiti tujuan asal orang yang nak
couple ni, murni-murni sajooo niatnya. Hanya ingin kenal-kenal sebab
terikut-ikut sangat dengan pepatah melayu yang kononnya ‘tak kenal maka tak
chentaaa’ tu. Tapi bila dah kenal mulalah teraba-raba. Ops…
Satu saja benda yang kita perlu buat
sekarang. SABAR. Jodoh memang tak akan ke mana-mana. insyaAllah hadir jua.
Kalau bukan di dunia ini, Allah gantikan yang lebih baik di syurga kelak. Tak
mau ke? Usaha memang perlu ada, sebab bak kata Inche Gabbana “Jodoh kau memang
tak kan turun dari langit siap berpakaian pengantin di hari perkahwinan kau”
ohoiiii… tapi, luruskanlah usahamu itu biar selari dengan syariat. Usruskan
fitrah.
Dah, dah. Saya tak boleh nak nasihat
kat orang lebih-lebih. Sebab saya sendiri jahil-jahil dan perangai pun memang
tak serupa bikin. At least saya hanya lontarkan sedikit nasihat buat diri
sendiri yang lemah dan saudara seakidah saya. Salam satu akidah dan israk
mikraj.
Hakikatnya, bukan saya yang mengubah
hati-hati kalian semua. Namun, saya bermohon pada Allah agar kita-kita dijentik
hati apabila membaca peringatan dan nasihat. Moga Allah tetapkan hati dan
istiqomah J
Jom bercinta dengan PENCIPTA cinta
dulu!
Done: 0306am/19mei’15
Sunday, 26 April 2015
Bicara Soal ISIS !
Assalamualaikum dan salam 1 Akidah!
Sebenarnya memang dah lama sgt nak updte blog. Dah lama xder entry baru. kali ni nak berbicara serba sedikit berkenaan ISIS. Sape Isis?Apa matlmat mreka n so on..
Baru2 ni aku n 3 org kawan di beri taklifan utk handle 1 Diskusi Ilmiah under PERWADAH.. mula2 memang smua memberontak la sebab tak naka.. sape yg nak buat forum tajuk ISIS?tajuk berat kot.. lepas tu, dah la kami semua student. Dr Naja mmg guna kuasa veto time tu,. terpaksalah kami mengalah.
Aku bukan panel pn.. hanya moderator malam tu...niat aku cuma anggap ni sebagai pengalaman dan nk banggakan nama PERWADAH. LAgipun pesan kakak aku, ni lah pluang nk timba ilmu dan sebagai 1 kenangan.. mula2 memang rasa takut berdebar... berminggu aku xsenang duduk, last2 pd mlm diskusi, aku dah tak rasa ape2 pun.. hilang semua debaran itu..
okay stop! Nak tanya, Isis tu pejuang atau petualang? frankly speaking, at 1st time aku dgr berkenaan ISIS, aku tak ambik endah sgt pun, dan aku buat2 xtahu. sedangkan ia berkait rapat dengan akidah dan jihad. Dan pada waktu itu, aku anggap ISIS adalah pejuang islam yg sebenar. merekalah hero di mata aku.
Benarlah, orang melayu memang sukakan sesuatu yang baru. Bila muncul satu2 watak dalam perjuangan, terus kita sokong dan agung2kan mereka tanpa ada usul periksa. yg penting kita yakin mereka di jalan yang benar.
Namun, yakin saje belum cukup utk dijadikan bukti bahawa mereka itu pejuang yg sebenar. So, apa kata kita selidik dulu. kita kenal dulu sape mereka.
Perasan atau tidak, nama Islamic State of Iraq and Syria, ISIS scra tiba2 mnjdi popular apbla mrk ddakwa berjaya menakluk Mosul di Iraraq pada 10 jun 2014. Kump ISIS dikatakan tdak mlebihi 1000org anggota ttapi mmpu mghalau kluar 30k tntera Iraq yg dilatih oleh tntera Amerika.
Kebnyakan analisa mengatakan ISIS adlh brasal dr kump al-Qaeda in Iraq (AQI) yg diktuai oleh Abu Musab alZarqawi. Mereka mengambil pendekatan secara keras iaitu dengan menghalalkan darah sesiapa saja yg di syaki menjadi tali barut kpd Amerika. Ianya adalah menyalahi syarak apabla mreka membunuh scra kejam tanpa sebarang tutur bcara. Tindakan kejam mereka ini tlah ditolak oleh smua rakyat Iraq termasuk bahkan trmsuk pimpinan alQaeda Global (aQG) sendri iaitu Osama bin Laden. Hal ini mnyebabkan aQI dan aQG mulai renggang dan diptuskan pd Februari 2014.
Bukan itu shaja aQi scra trbuka mmbunuh ulama' sunni. Mufti besar ulama sunni Iraq , Syeikh Khalid al-Mulla dlm wawancara al-Mayadeen TV pd 1 Julai 2014 tegas mndakwa aQi or ISIS tlah mmbnuh lebih 300 ulama sunni. shingga pd Feb 2014, aQG scra trbuka mngumumkan bhwa ISIS bukan dr kalangan mreka.
Amat mnghairankan bgaimana ISIS yg dianggap 'Budak Jahat' tba2 mmpunyai kkuatan utk mnakluk utara Iraq.Lebih mghairankan apbla ISIS yg knonnya ingin mnegakkan Islam dan mndrikan khalifah sering bertindak jauh diluar batas2 syariat Islam dan kmanusiaan. Amat sukar utk kita percaya bgaimana org yg btul2 Ikhlas nk tgakkan agma Islam, namun bertindak kejam . Sesungguhnya seorang pejuang Islam yg brjihad dijalan Allah tidak akan berakhlak seburuk mreka.
Usah kita keliru tentang jihad yg sebenar. Jihad sebenar tidak pernah mghalalkan seks sperti ISIS halalkan perbuatan trkutuk itu dan tidak pernah menghalalkan darah sesama MUSLIM. Tanpa kita sedar, segala tindakan ganas ISIS telah menimbulkan satu implikasi besar dalam kehidupan masyarakat sekitar dan non-muslim.
Siapa suka apbla ada suara2 yg mngatakan bhawa Islam itu terorist ??? Sedangan Islam yg kita tahu adalah sbuah agama yg selamat.syumul. Namun,mnculnya Isis yg mmbwa impak bsar pada mata dunia trhadap Islam yg sbenar. Islamophbia.
Serius mmg sukar & lelah brhujjah n jwb soalan mrka yg tdak tahu siapa ISIS yg sbenar.. Malah mrk mnuduh kita menabur fitnah dan amat trpengaruh dgn media massa mlaysia yg slalu mmburukkan nama Isis.. ini bukan soal media massa shj, tp mrk kata kita trut brstuju dgn Obama krn obama mnganggap Isis adlah pngganas..
Cukupkah sumber pngetahuan kita jka kita juga blm mngkaji sjauh mana kesohehan semua ini..sdgkan mreka sndri hanya brhujjah ats alsan mndpt infrmasi dr intrnet bhwa Isis adlah pjuang sbenar..
Mungkin mrk blum faham apa mkna perjuangan & jihad yg sbenar. Apa yg dianjurkan oleh Rasulullah. Brangkali, mrk juga trlupa dgn 1 hadis Rasulullah yg dlu kita (pljar2 stam) hafal:
"Apbla brtemu dua org muslim (berperang), maka yg dibunuh atau yg trbunuh,kdua2nya adalah ke neraka"
Jelas, bukan kita yg kata.tp Rasulullah. Isis dtg sbagai pjuang Islam,tp org Islam juga yg diburu...
Kenali dulu fikrah kita yg sbenar... bila fikrah benar, baru kita tahu yg mana harakah yg sebenar. Betul tak?
Jd jgn nk mnuduh org lain jika kita on tdk tahu hakikat yg sbenar.
Cuba kita semak kembali matlamat JIHAD yg sbenar iaitu :
1) utk mghapuskan ftnah dan kmudaratanyg mnimpa kaum muslimin sbagimana alBaqarah:193 "Perangilah mereka shgga tiada lg fitnah"
2)Memprtahankan masyarkat muslim drpd dihilangkan identitinya.
3)Mempertahankan aqidah Islam.
4)Mempertahankan glongan yg lemah dan mreka yg dizalimi.

Dan banyak lagi....Boleh rujuk buku fiqh Jihad, tak bnyk sy bleh kgsi. skadar untk kita tahu apakah jihad yg sbenar dan siapa ISIS.

Sunday, 8 March 2015
Tribute TGNA (Sebuah Permata Yang Hilang) -12 Feb 2015.
Sajak khas buat TGNA tercinta :)
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Namun hati ini sukar melupakan,
Keperitan yang tidak tertanggung,
Khabar yang sukar untuk dipercayai,
Namun apa dayaku,
DIA lebih tahu…
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Malam yang sukar dimengertikan,
Membawa berita seribu duka,
Mata tidak lagi mampu menampung duka ini,
Akan tetapi…
Tiada seorang jua yang mampu menghalang sebuah takdir,
Inilah sebuah hakikat,
Dikau akhirnya dibawa bertemu Rabb,
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Malam itu sungguh syahdu,
Ribuan umat membanjiri halamanmu,
Menanti sebuah sang suria,
Perit sungguh rasanya,
Awan seakan menangisi Jumaat yang mulia,
Pilu hati menuju destinasiku,
Longlai kaki menapak ke teratak mu,
Umat seluruh pelosok dunia membanjiri halaman mu,
Menembak jutaan doa…
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Dalam ratusan ribu insan,
Hati ini hampa ..
Tidak mampu menatap wajahmu,
Esak tangis kedengaran tanpa henti,
Menangisi perginya Ulama terbilang,
Aku tahu dirimu sudah tidak sabar bertemu kekasih abadi,
Pergilah wahai Permata Ummat,
Meninggalkan jutaan amanat pada
umat,
Tidak pernah lelah mengucap kata
nasihat,
Tidak pernah jemu mentarbiah umat..
Tiba sudah waktunya buatmu,
Sebuah kerehatan yang abadi..
Usah lagi menangisi pemergianya,
Bangkitlah demi umat mendatang,
Akan lahir lagi beribu mujahid,
Kerana perjuangan itu tidak pernah
berhenti..
*Alfatihah TGNA yang disayangi
1931-2015. Bukan diri ini ingin memuja dirimu. Malah, tidak salah jika aku
mengagumi keperibadiannya yang terpuji. Pemergiannya amatlah dirasai seluruh
jelata. Aku berharap akan lahir lebih ramai lagi ulama-ulama setandingnya suatu
hari nanti. Sesungguhnya ulama itulah pewaris nabi..
Suara hati
Asyraful Banat
2.00pm @ PKFEM I Isnin 09032015
Saturday, 3 January 2015
Dating Gegirlz
Assalamualaikum. salam imtihan buat semua rakan2 yang berada di USIM or mane2 u kt merata Mesia ni. Saje tulis2 blog untuk ambik mood sebelum belek nota.
Semalam, panjang kami punya cerita. kami punya geng kelas p picnic di Taman Botani Ptrajaya. adoi, terkejut jugak lah bdak rumah sebab baru je abes 1 paper, dah p jalan2. Actually ktorang dah rancang lama pun.. cuma kali ni ktorang pegi gegirls jer disebabkan budak laki punya hal msing2... lgpun xder privacy klau ada kumbang2 tu :p .
Matlamat kami sebenar nak release tensen, eratkan ukhwah, apa lagi? Hmmm lagipun kami ada dengar dari mulut2 yang dengki mngatakan yang geng kelas kami ni bnyak problem, gaduh la apa la... so, kami nk buktikanlah yang kami sbnarnya tak begitu.
kitorang bt picnic style potluck punya... and lg 1 kitorang bt sesi tukar2 hadiah...so funny. Punya la klakar bila Nabon tak beli hadiah. Kalut satu rumah malam tu sebab dia tak der hadiah. especially budak bilik dia.
pagi2 lagi dia pi letak hadiah dia dlm beg reramai. Punyalah terkejut masa tengok bungkusan dia tu. SERAM. haha.
ok, then kami p 3 buah kreta. cukuplah kami 16 orang. takjauh pn.. setngah jam jer. Picnic tepi tasik. so suuuuiit.
k.wani cayanggg
Sesi tukar2 hadiah....punyalah semua berdebar sbb masing2 dah aim hdiah mana yg dorang nak...haha.. masa ambik undian tu, aku dapat nom 9. so, p lah cari mana no 9 yg dmksudkan tu. punyalah tekujat. hadiah Nabon yang seram tuh. pulun tadi aku duk doa tak mau hadiah tu... Tapi dah Allah tulis tu mmg rzeki aku. betul.
tengoklah balutan dia.. Kertas A4. seni betul nabon nih.
tapi, bila buka bungkusan tu.... jeng jeng jenggggg...
Haaa tgk isinya apa.. Dapat dua skali tu... kalah orang lain... Sejadah dr mecca dan jam dinding. Menginsafkan sungguh hadiahnya. Alhamdulillah thanks nabon utk 2 hadiah yang comel ni...
"Hang kena solat tepat waktu lpas ni. tgk jam, masuk waktu trus solat pkai sjadah ni" pesan nabon... dan Asar semalam aku dah rasmikan sejadah tu smasa solat berjmaah dengan dia.hehe
dan... Hadiah yang aku bg pada orang lain, xder lah sehebat ni... tu lah kata.. dont judge hadiah by its cover :p
Kak Aishah ada pesan smalam dlm istagram, setiap apa yang terjadi itu adalah suratan dariNya. Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bg kamu dan boleh jadi kau suka sesuatu pdahal ia amat bruk bg kamu. Allah maha mengetahui. Boleh rujuk tafsir surah alBaqarah:216. Thanks noona.
Sahabat2 yg lain, arap kalian semua puas hati dengan masing2 punya hdiah dan dating kita semalam. satu jer harapannya, kita kekalkan ukhwah kita.. memang kita xsempurna dan kita xmgharapakan insan sempurna. bergaduh bnda kecil tu kan perkara biasa. tak menjadi masalah. Tapi jgn biarkan bnda mcm tu mnjejaskan persahabatan kita semuaaaaa... luv u all <3
so, ksmpulanya suka tgok semua hepi... Jd nak ambik ksmpatan kat sini nk ucap trima ksih kt semua bb sudi luang masa dan mintak maaf bnyk2... Tunggu apa lg? p buka buku semua... kita ada paper lg kan..hahah...
IMA WA MAE HE SUSUME. RIGHT NOW GO AHEAD MOVE FOWARD ! GANBATTE!
gambar bonus niiii
poyoooo... lakonan semata2
juz 4 k.waniiiii
Subscribe to:
Posts (Atom)