Monday, 4 May 2020

Syamail Muhammadiah 11: Sandal Rasulullah

11 Ramadhan 1441H

[Syamail 11: Sandal Rasulullah.]

👉Diriwayatkan oleh Qatadah:
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik,  'Bagaimana bentuk sandal Rasulullah SAW? ' Anas bin Malik menjawab,  'Sepasang sandal baginda menggunakan dua qibal'." (Riwayat Tirmizi,Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

* Qibal adalah pelana sandal,  iaitu batas depan sandal berupa tali yang diletakkan diantara dua jari kaki.
.
👉Manakala di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
"Apabila salah seorang diantara kalian menggunakan sandal,  hendaklahbia memulai dari kaki kanan.  Dan ketika ia melepaskannya, hendaklah ia memulai dengan kaki kiri. Jadikan kaki kanan sebagai kaki pertama ketika menggunakan sandal dan kaki terakhir ketika melepaskannya.. " (Riwayat Tirmizi, Bukhari,  Abu Dawud, Ahmad dan Humaidi)

🤗 Kesimpulannya, dahulukanlah anggota yang kanan terlebih dahulu dalam melakukan sesuatu hal sekalipun ketika memakai sandal/kasut.
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Sunday, 3 May 2020

Syamail Muhammadiah 10: Sepatu Rasulullah

10 Ramadhan 1441H

[Syamail 10: Sepatu Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Mughirah bin Syu'bah:
"Dihyah pernah memberi hadiah sepasang sepatu kepada Rasulullah SAW, baginda pun memakainya." (Riwayat Tirmizi)
.
👉Manakala di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Amir, hadis diatas ditambahkan dengan redaksi yang berikut:
"..... Dan jubah. Kemudian Rasulullah SAW memakai keduanya(sepatu dan jubah) hingga keduanya rosak. Baginda tidak Menhetahui apakah sepatu dan jubah itu berasal dari kulit binatang yang disembelih dengan cara sesuai mengikut syariat ataupun tidak. " (Riwayat Tirmizi)

🤗 Kesimpulannya,  Rasulullah sangat menghargai pemberian orang lain dan menggunakan apa yang ada dengan sebaiknya..
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 9: Kehidupan Rasulullah

Qadha yang semalam👇👇👇

9 Ramadhan 1441H

[Syamail 9: Kehidupan Rasulullah]

👉Diriwayatkan bahawa Malik bin Dinar berkata:
"Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah memakan roti ataupun daging sampai kenyang kecuali ketika dhafaf.  Malik bin Dinar berkata: 'Saya bertanya kepada seorang penduduk Badwi,  apa yang dimaksudkan dengan dhafaf?' Ia menjawab: 'Iaitu ketika seseorang makan makanan bersama ramai orang." (Riwayat Tirmizi)

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang kehidupan Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Friday, 1 May 2020

Syamail Muhammadiah 8: Berpakaian

8 Ramadhan 1441H

[Syamail 8: Berpakaian]

👉Diriwayatkan oleh Anas Bin Malik:
"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hibarah (jenis pakaian yang berasal dari Yaman) ." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)

👉Manakala hadis lain Abu Juhaifah juga meriwayatkan:
"Saya melihat Rasulullah SAW mengenakan pakaian berwarna merah, seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis baginda. Sufyan berkata: 'Hemat saya,  yang dikatakan dengan pakaian berwarna merah itu adalah Hibarah." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad)

👉Samurah bin Jundab meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih.  Sungguh,pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian. Dan hendaknya kalian mengafani orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih."(Riwayat Tirmizi,Nasaie,Ibnu Majah, Abu Dawud, ath-Tayalisi, Baihaqi dan Hakim)

🤗 Semoga menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 7:Bercelak

7 Ramadhan 1441H

[Syamail 7: Bercelak]

👉Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
"Sebelum tidur,  Rasulullah SAW suka memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid) sebanyak 3 kali dikedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)

👉Manakala hadis lain Yazid Bin Harun juga meriwayatkan:
"Rasulullah memiliki dua wadah celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap kali hendak tidur, sebanyak 3 kali di kedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)

🤗 Kesimpulannya,  sesiapa yang suka bercelak itu,  dia mengikut sunnah nabi. Malah boleh memperjelaskan lagi penglihatan dan menambah bulu mata.
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Wednesday, 29 April 2020

Syamail Muhammadiah 6: Menyemir Rambut



6 Ramadhan 1441H

[Syamail 6: Menyemir Rambut]

👉Diriwayatkan bahawa Abu Ramtsah :
"Saya mendatangi Rasulullah SAW bersama anakku,  baginda bertanya,  'apakah ini anakmu? ' saya menjawab,  'ya benar ini anakku' . Baginda berkata : ' Ia tidak akan dibebani oleh dosamu dan kamu tidak akan dibebani oleh dosanya.' Saat itu, saya melihat uban Rasulullah berwarna merah." (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud,  Nasaie dan Ahmad)

🙌 Tirmizi menyatakan,  " Hadis inilah yang paling baik daripada hadis yang lain dalam menyatakan tentang uban Rasulullah SAW.  Nama asal Abu Ramtsah adalah Rifa'ah bin Yatsribi at-Taimi.
.
👉Manakala hadis lain Anas meriwayatkan:
"Saya melihat rambut Rasulullah disemir(diwarna)." (Riwayat Tirmizi dan Muslim)

🙌 Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa Rasulullah SAW  memang pernah menggunakan pewarna rambut. Tetapi baginda hanya menggunakan sesekali. Hal itu diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dalam hadis Soheh Bukhari dan Soheh Muslim (Sebuah hadis yang tidak mungkin diragukan lagi). Wallahuallam.

Disini ada dinyatakan hukum mewarna rambut oleh mufti WP:

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2405-al-kafi-742-hukum-mewarnakan-rambut-dengan-warna-hitam

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Tuesday, 28 April 2020

Syamail Muhammadiah 5: Uban Rasulullah SAW


5 Ramadhan 1441H

[Syamail 5: Uban Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata:
"Saya dapat menemukan empat belas uban dirambut dan janggut Rasulullah SAW ." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Ibnu Umar meriwayatkan:
"Uban Rasulullah SAW kurang lebih dua puluh helai." (Riwayat Tirmizi ,Ibnu Majah dan Ahmad)

👉Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata:
"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, anda telah beruban' Maka baginda bersabda: 'Yang membuatku beruban ialah surah Hud, alWaqiah, alMurasalat, an-Naba',atTakwir. '." (Riwayat Tirmizi)

🤗 Kesimpulannya,  uban di kepala baginda tidak banyak. Manakala,  surah² yang disebut itu membicarakan perihal hari kiamat dan peringatan² daripada Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfal[8]: 2)

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan