8 Ramadhan 1441H
[Syamail 8: Berpakaian]
👉Diriwayatkan oleh Anas Bin Malik:
"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hibarah (jenis pakaian yang berasal dari Yaman) ." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)
👉Manakala hadis lain Abu Juhaifah juga meriwayatkan:
"Saya melihat Rasulullah SAW mengenakan pakaian berwarna merah, seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis baginda. Sufyan berkata: 'Hemat saya, yang dikatakan dengan pakaian berwarna merah itu adalah Hibarah." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad)
👉Samurah bin Jundab meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih. Sungguh,pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian. Dan hendaknya kalian mengafani orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih."(Riwayat Tirmizi,Nasaie,Ibnu Majah, Abu Dawud, ath-Tayalisi, Baihaqi dan Hakim)
🤗 Semoga menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Friday, 1 May 2020
Syamail Muhammadiah 7:Bercelak
7 Ramadhan 1441H
[Syamail 7: Bercelak]
👉Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
"Sebelum tidur, Rasulullah SAW suka memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid) sebanyak 3 kali dikedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)
👉Manakala hadis lain Yazid Bin Harun juga meriwayatkan:
"Rasulullah memiliki dua wadah celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap kali hendak tidur, sebanyak 3 kali di kedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)
🤗 Kesimpulannya, sesiapa yang suka bercelak itu, dia mengikut sunnah nabi. Malah boleh memperjelaskan lagi penglihatan dan menambah bulu mata.
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
[Syamail 7: Bercelak]
👉Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
"Sebelum tidur, Rasulullah SAW suka memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid) sebanyak 3 kali dikedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)
👉Manakala hadis lain Yazid Bin Harun juga meriwayatkan:
"Rasulullah memiliki dua wadah celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap kali hendak tidur, sebanyak 3 kali di kedua-dua matanya." (Riwayat Tirmizi)
🤗 Kesimpulannya, sesiapa yang suka bercelak itu, dia mengikut sunnah nabi. Malah boleh memperjelaskan lagi penglihatan dan menambah bulu mata.
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Wednesday, 29 April 2020
Syamail Muhammadiah 6: Menyemir Rambut
6 Ramadhan 1441H
[Syamail 6: Menyemir Rambut]
👉Diriwayatkan bahawa Abu Ramtsah :
"Saya mendatangi Rasulullah SAW bersama anakku, baginda bertanya, 'apakah ini anakmu? ' saya menjawab, 'ya benar ini anakku' . Baginda berkata : ' Ia tidak akan dibebani oleh dosamu dan kamu tidak akan dibebani oleh dosanya.' Saat itu, saya melihat uban Rasulullah berwarna merah." (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)
🙌 Tirmizi menyatakan, " Hadis inilah yang paling baik daripada hadis yang lain dalam menyatakan tentang uban Rasulullah SAW. Nama asal Abu Ramtsah adalah Rifa'ah bin Yatsribi at-Taimi.
.
👉Manakala hadis lain Anas meriwayatkan:
"Saya melihat rambut Rasulullah disemir(diwarna)." (Riwayat Tirmizi dan Muslim)
🙌 Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa Rasulullah SAW memang pernah menggunakan pewarna rambut. Tetapi baginda hanya menggunakan sesekali. Hal itu diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dalam hadis Soheh Bukhari dan Soheh Muslim (Sebuah hadis yang tidak mungkin diragukan lagi). Wallahuallam.
Disini ada dinyatakan hukum mewarna rambut oleh mufti WP:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2405-al-kafi-742-hukum-mewarnakan-rambut-dengan-warna-hitam
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Tuesday, 28 April 2020
Syamail Muhammadiah 5: Uban Rasulullah SAW
5 Ramadhan 1441H
[Syamail 5: Uban Rasulullah.]
👉Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata:
"Saya dapat menemukan empat belas uban dirambut dan janggut Rasulullah SAW ." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Ibnu Umar meriwayatkan:
"Uban Rasulullah SAW kurang lebih dua puluh helai." (Riwayat Tirmizi ,Ibnu Majah dan Ahmad)
👉Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata:
"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, anda telah beruban' Maka baginda bersabda: 'Yang membuatku beruban ialah surah Hud, alWaqiah, alMurasalat, an-Naba',atTakwir. '." (Riwayat Tirmizi)
🤗 Kesimpulannya, uban di kepala baginda tidak banyak. Manakala, surah² yang disebut itu membicarakan perihal hari kiamat dan peringatan² daripada Allah.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfal[8]: 2)
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Monday, 27 April 2020
Syamail Muhammadiah 4: Kerapian Rambut Rasulullah
4 Ramadhan 1441H
[Syamail 4: Kerapian Rambut Rasulullah.]
👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya menyisir rambut Rasulullah SAW sementara saya dalam keadaan haid." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Abdullah bin Mughaffal meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah melarang kami merapikan rambut berlebihan kecuali hanya sesekali." (Riwayat Tirmizi ,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)
👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Rasulullah SAW mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan ketika mengenakan sandal." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
🤗 Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Sunday, 26 April 2020
Syamail Muhammadiah 3 : Rambut Rasulullah
3 Ramadhan 1441H
[Syamail 3: Rambut Rasulullah.]
👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu air. Baginda memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai dipundak dan tidak sampai di bahagian bawah daun telinga ." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Qatadah bertanya kepada Anas, ' Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah? ' Lalu Anas menjawab:
Rambut Rasulullah berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bahagian bawah daun telinganya." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Nasa'i dan Ahmad)
🤗Kesimpulannya, ada banyak hadis yang panjang membahaskan tentang rambut Rasulullah. Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Saturday, 25 April 2020
Syamail Muhammadiah 2:Tanda Kenabian Rasulullah
2 Ramadhan 1441H
[Syamail 2: Tanda Kenabian Rasulullah.]
👉Abu Zaid Amru bin alKhattab alAnshari berkata kepada Ilba' bin Ahmar yang bermaksud:
" Rasulullah pernah berkata kepada saya, Wahai Abu Zaid! Mendekatlah danbusaplah belakangku. Maka sayabpun usap belakang baginda, seketika jari jemari saya menyentuh tanda kenabian. Ilba' bertanya, seperti apa tanda kenabian itu? Abu Zaid menjawab, seperti gumpalan rambut." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain dari Ibrahim bin Muhammad juga meriwayatkan yang bermaksud:
" Jika Ali bin Abi Talib RA menggambarkan karakter fizikal Rasulullah SAW, Kemudian Ibrahim menyebutkan hadis yang panjang, ia berkata : Diantara kedua-dua pundak Rasulullah ada tanda kenabian. Dan baginda adalah penutup para nabi." (Riwayat Tirmizi,Saad dan Baihaqi)
🤗Kesimpulannya, ada banyak hadid yang panjang membahaskan tentang tanda kenabian. Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca.
Hadis-hadis ini jelas menyebut bahapa terdapat tanda kenabian di belakang baginda yang menandakan bahawa baginda adalah penutup sekalian nabi. Jelaslah jika ada lagi yang mengaku terdapat 'nabi melayu' ,'nabi baru', maka itu semua adalah palsu dan dusta semata-mata.
اللهم صلى على سيدنا Ù…ØÙ…د....
#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)






