Sunday, 24 August 2014

Hawa Convention Special Return

Dengan lafaz Bismillah aku menulis. Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sudi membaca. setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana program yang dinanti-nanti ramai telahpun tiba. Jika sebelum ini, kita ada HAWA Convention 1.0 dan 2.0. Konvensyen ini merupakan satu inisiatif , TYDP MPP USIM sesi akademik 2013/2015, (Nurul Syakirin Ahmad Najid) selaku pengarah program Hawa kali dengan  membawakan Hawa Convention Special Return kepada kita semua yang bergelar mahasisiwi, wanita, dan hawa-hawa sekalian. 



Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu,keluarga,kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita.

Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak dan juga syariah. Peserta konvensyen ini akan menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa kepada impak yang sangat positif.



HCSR kini bertemakan Women Inspiring the World dan simbolik bunga origami yang cantik.






Bunga origami lima kelopak ini membawakan 5 maksud penting HCSR.
1- Inspirasi
2- Keilmuan
3- Ketakwaan
4- Personaliti
5-Kekeluargaan


Apa yang menarik mengenai konvensyen Hawa kali ini ialah, ianya turut terbuka pada Non-Muslim. Antara aturcara menarik yang menanti kita ialah:



ATUR CARA
KONVENSYEN HAWA PERINGKAT KEBANGSAAN



HariPertama, 13 September 20143 (Sabtu)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadirandan Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
8.30 – 10.30 am
Slot 1 : Refleksi Surah An-Nur.
           Ustaz Sukki Othman
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 2 :Keluarga Inspirasi Muhammad dan Khadijah.
           Ustazah Zawiah Hassan
           Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
1.00 – 2.00pm
MakanTengahari dan Solat Zuhur
2.00– 4.00 pm
Slot 3: Wanita dan Glamour
           PU Rahmat (Moderator)
           Salima Habibi
           Catriona Ross
4.00 – 5.00pm
Rehat, Solat dan makan petang
5.00 – 7.00 pm
Slot 4: Wanita Coretan Sejarah.
           Dr Zulkifli Al-Bakri
8.00 – 10.30 pm
Konsert Selembut Sutera
UNIC, Ustaz Hariri 
10.30pm
Jamuan dan bersurai

HariKedua, 14 September 2014 (Ahad)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadiran dan Pendaftaran Peserta
8.30 – 10.30 am
Slot 5 : ‘Aisyah Inspirasi Keilmuan Wanita
           Ustazah Shadiya Abbas
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 6 : Air Tangan Penambat Hati (Demonstrasi Masakan)
           Chef Hanieliza
1.00 – 2.00pm
MakanTengahari dan Solat Zuhur
2.00 – 4.00pm
Slot khas: Wanita Inspirasi Negara.
                Tun Dr. Siti Hasmah
                Dr Nik Salida Suhaila
4.00 – 5.00pm
Perasmian Penutup.

Personaliti-personaliti jemputan juga tidak kurang hebatnya. sayang sekiranya kita terlepas peluang yang cukup menarik ini :) diantaranya Sohibussamahah DR Zulkifli al-Bakri (Mufti WP), Ustaz Dusuki, DR Nik Salida Suhaila, Salima Habibi, Chef Hanieliza, Ustzah Zawiah, UNIC, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud dan ramai lagi.




ops, sebelum terlupa.. HCSR kali ini membawa lagu tema yang bertajuk "I'm a Queen" by JADE..

Ku Ingin bagai mutiara
Terjaga di dasar samudera
Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi


You see..
Behind my veil i’m a queen..
I have a beauty that no body seen..
Luckily his precious i have been..

Indahku hanyalah milikNYA
Indahku untuk cintaNYA
Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi


Butiran serba sedikit mengenai program adalah seperti berikut:

HAWA CONVENTION SPECIAL RETURN
~Women Inspiring The World~
Tarikh:13 & 14 Sept.2014

 Tempat: DKP 3,USIM.
 

 Yuran peserta :
Individu (Pelajar USIM & pelajar luar)-RM 65
Berkumpulan (pelajar 5 orang)- RM60
Orang awam-RM70

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk saudari Auni: 013-6863098.

Like page FB Hawa Convention. (https://www.facebook.com/hawaconventionusim)

terbuka pada NON-MUSLIM !

Jumpa di DKP 3, USIM nanti :)

terima kasih... 

Sunday, 10 August 2014

Diari Ramadhan Hayat

Assalamualaikum salam lebaran.. kullu am wa antum bikheir... Aik, knpa tajuknya ramadhan? tak der la...saje nk citer perjalanan ramadhan  kali ini... agak berliku berbanding biasa. kalau tak ditimpa ujian tu, xder la namanya manusia..huuu

1 ramadhanku di sambut di ampang. rumah abang. sepatutnya aku dah bleh balik klantan sbb sem dah berakhir dua hari lpas. tapi memandangkan my beloved mum brpuasa di ampang, so aku join jga brang shari...  then, petang tu kami berbuka di Puchong perdana..tmpat di mana adik aku bertugas sbgai imam traweh... rasa bahagia bila adik mampu memimpin ramai org di belakangnya. keep it up my dear <3






2 ramadhan aku blik klantan slpas maghrib... naik bas di hentian putra. smua org dk kata bas s*** tu trbaik la n mcm2. bagi aku biasa jer. sikit pun tak slesa... yg aku slalu naik dr nilai lg mantop. pape pn aku balik ni ada misi yg perlu di stelkan. aku kna tlong kakak berniaga di bazar :) janji maseku tak terbuang.
 langkau ke 10 ramadhan. sangat mnyedihkan. aku bagaikan jatuh di timpa tangga. 1st, anak sdaraku main hp cabuk ni smpai kna block... kna block 1 hal, bila dah hantar ke kedai, trpaksalah frmat henfon tu. btapa bnyaknya nom2 penting kat dlm tu n data2 yg aku simpan dkat memo... hmpir sgla bnda tertulis di stu... semuanya licin. bersabar jela, lagipun bulan2 puasa ni aku yakin ada hikmahnya.

esoknya aku jejalan ngan akak pi pasarya di bandar jerteh. nak beli brang utk masak niaga di bazaar. so, aku tringin la nak bli 1 barang ni.. bukak2 purse, duit aku hilang. okey, stay cool. masih husnu dzon. balik umah jer, aku selongkar smua kain2 dalam beg n cari duit tu. kot2 la ada terselit mana2 or aku silap letak.. tetap xder. sebelom tdur, aku tanyakan perihal khilangan wang tu dgn dua ank sdara. kdua2nya mnafikan, aku pn xnak mnuduh sbb xder sbrg bkti...bdak2 tu pn bkan slalu ada di rmah. ptg tu sblm ke bazar, aku adukan hal ini dgn akak. dia trkejut.. bg aku bnyak jga la duit tu..dkat 100..sbb tu jer yg aku ada.

dua hari lpas duit hilang dlm purse, duit my sis plak hilang. almost 1000. pening jgak akak time tu sbb krja kras nk dpatkan duit.. last2 org curi mcm tu jer...

17 ramdhan aku balik rumah...sbb fikir nak pegi khatam quran d madinah ramadhan KB. rpa2nya khatam quran tu buat 19 ramadhan..

19 ramadhan- khatam quran 100kali. madinah ramadhan mmg tak pernah mengecewakan. rkyat klantan mmg cintakan ibadat. rasa tnang n sebak bila dapat bertrawih rmai2 n bca quran sama2. rasa tak nak msa berlalu.dekat pkul 12 bru siap.




21 ramdhan- Nisa' Circle :) ini yg aku suka...dah lama xbuat pngisian rohani... xkan la jasad berpuasa, rohani pn berpuasa juga kan...mcm2 pbgisian ada.. seikhlas al-ikhlas, bout gaza. haaa sbut sal gaza, sdara kita dh rmai yg kna tmbak dgn zionis laknatullah. so, kita yg jauh tembak balik saudara kita dgn doa. itu tugas kita.
dalam nisa' circle juga aku knal sorang srikandi yang hbat dlm berbakti untuk Islam yg mlia ini. dialah Ummu Mihjan.... seorang 'abd yg patuh agama, miskin, wanita berkulit hitam, tp putih bersih hatinya..slah sorang wanita yg mndapat prhatian drpd Rasulullah SAW. (sollu ala nabiy).
boleh cari lbh lanjut kisah Ummu Mihjan sbagai role model kita...

22 ramadhan kmbali smula tlg akak di jerteh. haa, dah tahu siapa yg mncuri. jiran sbelah rupanya.bru umur stahun jagung(14th), tp dah pndai buat krja2 mcm tu. kira ok juga sbb dia mngaku tp dia enggan ganti balik duit yang dia ambik. moga kita dijauhkan dr sifat2 trsbut. pantau saudra mara kita drp berbuat sdmikian.

dah...stakat itu jer nak crita... now dah 14 syawal. dan aku pn dah ada kat usim. berkhidmat utk Hawa Conv special return...mulai meetg bersma ust hariri n k.syakirin. crita hawa conv akan mnyusul nant.. babai...kita jumpa nnt :)



Thursday, 12 June 2014

Antara sabar dan mengeluh..




Salam Nisf Sya'ban dan Salam Jumaat Kareem.. entry ari ini saya petik dari cerpen sy Syabab Kasih... mcm mana kita nak bezakan sabar dan mngeluh..hmm ikuti kisa kt bawah.

                                ***********************************************
Khairina al-Hijjazi mengatur langkah lesu memasuki bilik yang dikhaskan untuk para pelajar ma’zurah(pelajar-pelajar yang ‘uzur’) yang terletak di Blok B, tingkat 2 bangunan SMASA. Tazkirah pada petang ini akan disampaikan oleh Ustazah  Salmiah .
Setelah pelajar ma’zurah mengambil tempat masing-masing, Ustazah Salmiah melangkah masuk diiringi Haura selaku pengerusi majlis pada hari ini. Majlis dibuka dengan bacaan Ummul Furqan, al-Fatihah seperti biasa. Seterusnya majlis diserahkan kepada Ustazah Salmiah untuk memberi pengisian pada hari ini.
“Assalamualaikum anak-anak yang tercinta. Seperti kebiasaan, hari ini kita bertemu kembali dalam satu majlis ilmu rutin yang diadakan setiap hari disekolah kita. Hari ini ustazah nak sentuh sedikit soal antara sabar dan mengeluh. Ustazah tahu, ramai diantara kita yang tidak tahan apabila diuji dengan ujian yang berat. Justeru, kita sering mengeluh dengan nasib yang menimpa kita.” Matanya dilemparkan ke segenap penjuru bilik ma’zurah. “Ustazah ingin berkongsi satu cerita mengenai keluhan dan kesabaran” ungkap Ustazah Salmiah. Semua pelajar memberi perhatian dan menunjukkan minat untuk mendengarnya.
“Satu ketika dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. ‘Demi Allah aku tidak pernah melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati.’ Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan yang keluar dari mulut Abul Hassan lalu dia bertanya, ‘Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan duka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.’ Abul Hassan bertanya, ‘Bagaimana hal yang merisaukanmu?’ lalu wanita itu menjawab, ‘pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’ jawab adiknya, ‘baiklah kalau begitu.’Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah yang memancut keluar dan dia lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya lau habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua. ’ Lalu Abul Hassan bertanya, ‘bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?’Wanita itu menjawab, ‘Tiada seorangpun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji. Dan adapun mengeluh, maka orang tidak akan medapat ganti melainkan sia-sia belaka.’ Demikianlah cerita di atas.
 “Oleh itu, pelajar yang disayangi,andai diri diuji, bertahanlah. Cubalah mengukir senyuman walaupun ianya terlalu pahit. Contohilah wanita itu meskipun diri tak mampu menjadi sepertinya. Pasti ada kemanisan disebalik semua dugaan yang yang menanti disebalik semua dugaan yang kita lalui.” Pesan Ustazah Salmiah.
“Ustazah ingin mengakhiri tazkirah pada hari ini satu petikan ayat al-Quran yang berbunyi,: ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.(al-Baqarah:286) ’ sila renung-renungkan ayat itu. Orang yang sering diuji ialah orang yang paling dekat dan disayangi Allah kerana allah terlalu rindu untuk mendengar rintih rayu hambanya. Jadi bersyukurlah. Wallahua’allam.
Khairina mengangguk lemah. Ya, betul apa yang disampaikan oleh Ustazah Salmiah. Cukup memberi manfaat. Allah sayangkan hambaNya dan Allah merindui rintihan hambaNya. Oleh sebab itu, Allah datangkan ujian kepada hamba-hambaNya supaya supaya mereka sedar dan kembali kepada Pencipta.
‘Allah berfirman kepada malaikat,: Pergilah kamu kepada hambaku, timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana aku rindu untuk mendengar suaranya(doa).’ Hadith riwayat Tabrani.
Untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda, semakin mustajab doanya.

Sunday, 18 May 2014

DUHAI UKHTIE



Sekian lama jari ini berhenti dari menari,
Sudah kaku untuk berlari mengikut rentak dan melodi,
Puisi hati sepi, pudar tiada seri,
Saat ini,ia didesak untuk bergerak kembali
Demi melihat ukhtie tidak tenggelam di alam fantasi,
Ibadah dilalai,syurga pula tidak pernah diidami..

Duhai ukhtie..
Tika ini, engkaulah bunga yang sedang mekar bersemi,
Usah kau khianati
Hingga kelak dirimu kan hilang seri..
Jangan pernah kau percaya dengan tipuan duniawi,
Semua itu tidak mampu membantu saat engkau dihisabi..

Wahai puteri..
Engkaulah mawar berduri,
Indah dan harum tetapi bukan untuk tatapan ajnabi,
Kecuali kepada suami yang juga wildanmu di firdausi..

Aduhai bidadari..
Tiada tandingan pangkatmu di jannah nanti
Kerana engkau ketua para bidadari,
Berpenat lelah mujahadah di sini
Sehingga dirimu dicemburui sekalian bidadari..

Duhai ukhtie..
Kitalah warisan terakhir mujahidah sepanjang zaman,
Tarbiah bermula dari diri,
Untuk melahirkan generasi Rabbani,
Peganglah pada kata-kata,

"Terdidik wanita maka terdidiklah generasinya"

Wahai puteri..
Aku menyayangimu sepenuh hati,
Melakar semua ini,bukanlah bermakna diriku suci,
Ayuh bersama kita mengislah diri,
Dan berusaha menjadi qurratu a'yun umi dan abi..
Seterusnya beroleh redha Illahi..
Jannah itu bukan untuk seorang penghuni
Tetapi untuk semua ummat Nabi..
#credit to ishahumaira
#created by her