Monday, 24 March 2014

Mulianya dirimu WANITA...


Semalam aku menghadiri satu program Bedah Buku 'Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan'..
Pilihan siapakah? manusia atau Allah? Bak kata ustazah Nik Salida, gadis pilihan ini bukan pilihan manusia, tetapi pilihan Allah SWT.
Panel jemputan tak lain dan tak bukan Ust M.Hariri Haji M.Daud dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh yang juga merupakan penulis buku BMGP.
Banyak topik berkisar dalam masa tidak sampai dua jam itu yang akhirnya membongkar banyak keistimewaan kaum hawa.
banyak agama yang menindas kaum wanita sejak dari zaman jahiliah lagi. namun hingga ke saat ini, masih ada lagi yang tertindas dan dianggap sebagai hamba abdi.
Namun hadirnya agama Islam ini untuk mengangkat martabat wanita hingga ke martabat yang tinggi.

Ustaz Hariri ada membawa satu kisah:
sebenarnya, Islam lah yang telah mengangkat martabat gadis sebagaimana yang telah di tunjjukkan dalam kisah seorang sahabat yang bernama Asma' binti Unais, dia bertanya kepada suaminya Jaafar bin Abi Talib. "Wahai suamiku, ada tak ayat yang menceritakan tentang kami wanita?"
Lantas cerita ini sampai ke telinga isteri Nabi Muhammad SAW lalu isteri baginda menyampaikan cerita itu kepada baginda SAW. Lalu turunlah ayat dari surah al-Ahzab:35 "sesungguhnya org2 lelaki yang Islam serta org2 perempuan Islam, dan laki-laki yang beriman serta perempuan yang beriman, laki2 yang taat serta perempuan yang taat, dan laki-laki yang benar serta perempuan yang benar, laki-laki yang sabar serta perempuan yang sabar,dan lelaki yang merendahkan diri pada Allah serta perempuan yang merendah diri pada Allah, dan laki-laki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah dan orang lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara kehormatanya serta perempuan yang mmelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah teelah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar"

Ayat yang panjang ini telah menjawab soalan-soalan gadis dan wanita pada ketika itu. Allah begitu adil dengan memberi 10 keadilan kepada kaum wanita. di sini jelas, tiada diskriminasi antara kaum wanita dan lelaki.

Terlalu banyak keistimewaan kaum wanita ini lantaran Allah terlalu sayang pada kita...maka memamg seharusnya kita berbahagia menjadi gadis pilihan Allah. hidup sentiasa dilindungi Allah dan orang sekeliling. Malah Allah meletakkan syurga itu di bawah telapak kaki ibu dan banyak rukhsah yang Allah berikan.

" Rasulullah berpesan, dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."


Hanya setakat ini yang termampu untuk dikongsi saat ini kerana recording terpadam dan buku BMGP belum habis di hadam,,




Thursday, 6 March 2014

Sentap Beb!



Salam, meh sini Mak Jemah nak kongsi sedikit tazkirah untuk kita-kita Mawar Berduri... 2 hari lepas semasa sampai dekat fakulti, tetiba Kak Yin whatsapp satu bnda...apa lagi bukak la kan...

"MALAY GIRLS CAN WEAR SHORT SKIRTS, WHY CAN'T CHINESE GIRLS WEAR HIJAB??"- Felixia Yeap

Wah, sentap beb! korang tak rasa apa-apa ker? Kalau tak rasa, kompem hati kita bermasalah. Orang bukan Islam pun boleh kata yang menutup aurat tu membuatkan mereka terasa dilindungi dan terjaga. Jadi bagaimana dengan kita yang membawa title Muslimah akan tetapi sengaja membuka aurat dan membiarkannya terdedah begitu sahaja.

Macam mana kita nak tunjuk satu contoh yang baik kpd Non-Muslim kat luar sana? Andaikata mereka terfikir untuk mengenali Islam yang murni ini, nescaya mereka akan kecewa apabila melihat attitude dan cara muslim itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi Muslimah aset berharga untuk Islam.

Allah berfirman dalam surah an-Nur, mafhumnya:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah menampkakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali pada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau saudara2 lelaki mereka ..... " ila akhir ayat.... Rujuk QS an-Nur:31.

Jelas dan terang dalam firman Allah itu bahawa menutup aurat itu WAJIB. Isu ada yang berkata bahawa "belum sampai seru untuk berhijab" terlalu banyak. Padahal Islam sudah sampai 1400 tahun yang lalu. Apa pun alasan, moga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan kerana apa yang di perbuat sekarang, kelak kita yang menanggung!

Firman Allah:
"setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya" al-Muddatsir:38

Sesungguhnya amat benarlah firman Allah itu.

Lets Covering Our Aurah, Muslimat Osem Muslimat Terjaga!




Sunday, 16 February 2014

Kehidupan Baru


Azam baru??
ya, semua insan setiasa mempunyai keazaman yang baru dalam kehidupannya. namun perlaksanaanya? Wallahu'allam...

16.2.2014
Bermula kehidupan baru dalam hidupku. menjejaki kaki ke rumah sewa baru, aduh cukup memenatkan. manakan tidak, semua kena susun baru. almost midnite baru setel semua. tidur jadi tak lena sebab sakit-sakit dalam badan.

17.2.2014
Rasa takut nak mulakan hari dengan semester baru. Macam-macam agenda menanti. 8 madah yang membunuh. tugas-tugas baru yang disandang dan banyak memerlukan komitmen. satu jer harapan, moga terus istiqomah dan tsabat. perkara paling ditakuti, PEMBAHAGIAN MASA.
*usrah
*meeting
*kuliah
*program
*kem
*esemen

Berat rasanya dengan amanah yang sudah terpikul di bahu. Amanah tetap amanah yang sentiasa menuntut pada pengorbanan.
sesungguhnya, pengorbanan itulah yang akan menjadi nilaiannya di sisi Allah kelak. Biiznillah.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkansesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?? (as-Saff:10)

Monday, 23 December 2013

Exam Fever :(

Jumaat 20 dec 2013, bicara siswi terakhir utk semester ini. tajuk yg di bawa ialah exam fever yg dismpaikan oleh ustazah Rozita(bonda kpd kak Nadrahtul Huda, ex-tydp).
selesai jer BS, terus aku demam. ujian dalam nak menempuh peperiksaan. dalam keadaan dmam2 pun, sempat lagi aku pergi berprogram di sg.congkak. Rehlah Tie It Up under SPMM, USIM. Alhamdulillah kesihatan masih terkawal. program pn xderlah berat sgt. hanya utk release sblm exam.
mlangnya slepas blik rumah, demam menjadi2. mmg teruji sgguh. nak mmbaca agak skar. sekejap2 bersi, skejap2 ke tandas, makan ubat ngantuk plak.
aduhai... hanya 1, Allah. bantulah aku, sembuhkanlah aku. ini hanya secebis kesakitan yg ku rasa jka nak dibandingkan dengan ibuku di rumah yang sekrang mengidap kencing manis dan jangkitan TB.

semoga Allah terus mnguatkan langkah2nya tika ini. tak sabar nak tmat exam dan pulang menjenguknya.
 Gud Luck, bittaufiq wan najah, ganbatte! moga terus mnuntut ilmu, bukan hanya utk exam tau...
p/s: ingt yer, Allah pandang usaha. bukan natijah! buat sehabis baik.

Thursday, 12 December 2013

Semua Milik-Mu


Semalam aku berpeluang menjejakkan kali ke HEP, Usim. Dah lama sebenarnya nak ke sana, dan kebetulan semalam sedang menguruskan tempahan dewan utk Bicara Siswi, so aku ambil peluang itu utk berjumpa doktor... buat medical check-up.
Dah berminggu di serang skit kepala secara tiba-tiba. biasa lebih kerap pada waktu malam. Rasa nak hantuk kepala pada dinding. Tak tahan rasanya...
so, apalagi..jumpa doktorlah..
doktor: Hayati ya? sila duduk.
aku: ya doktor.
doktor: apa masalah Hayati?
soal doktor lelaki yang sudah berumur itu. bicaranya sopan.
aku:saya kerap kali sakit kepala. bahagian belakang leher.(aku tunjukkan tempat yg dimaksudkan.)
doktor: Bila lagi Hayati alami?
aku: dah dua, 3 minggu juga doktor...kadang- saya tarik2 rambut utk menghilangkan rasa sakit.
doktor: awak kerap demam ke? sakit perut ke?
aku: demam tu agak kerap. tapi sakit perut tak pula.
doktor: better Hayati pergi check mata. mungkin masalah pada mata.
(gurlpp!!!!!!!)
aku: saya xder masalah penglihatan doktor. saya boleh nampak dengan jelas.
(macam aku pula doktor. bantah2 cakap dia)
doktor: Betul, tapi awak kena juga check mata tu.urat mata tu bersambung ke kepala.

(bla bla bla doktor terangkan....)

natijahnya doktor bagi aku dua jenis ubat. satu untuk di kunya, dan satu untuk di telan. seram sejuk rasanya. aku xnak jadi RABUN!!!
 hakikatnya, kalau Allah nak tarik sesuatu dari kita, Dia tak perlukan keizinan dari kita pun. segala-gala milikNya.
aku belum lagi pergi buat pemeriksaan mata.. belum yakin.
 ingat serangkap lagu Rabbani:

 mana milik kita,
tidak ada milik kita,
SEMUA yang ada...
Allah yang punya!

Friday, 22 November 2013

Berjiwa RAbbani, Berjasad Jundi..(lets follow ammar)

salam perjuangan sahabat2...

kita terima satu berita kematian seorang saudara yang dimuliakan namanya setelah kematiannya.
mulianya kerana peribadinya sewaktu hayatnya. sukar sekali mencari syabab sepertinya pada hari ini. satu dalam sejuta. namun kini kita kehilangannya.
insan itu bisa berubah dalam pelbagai cara.. namun cara arwah berhijrah agak berbeza. hanya dengan sebuah syair, cukup untuk menyentuh hatinya.. lembut sungguh hati beliau..

SYAIR IMAM SYAFIE.
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang yang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat,
tinggalkanlah tanah air, dan mengembaralah...
berkelanalah,
engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan...
berusahalah,
kerana keindahan hidup itu terletak pada berpenat-penatan.
aku melihat air yang bertakung, mencemar dirinya sendiri,
sekiranya ia mengalir, ia akan baik...
jika ia bertakung, maka tercemarlah...

pemergiannya mendapat pengiktirafan.. ditangisi ulama...
dimakamkan bersama sahabat2 junjungan mulia Rasulullah SAW. dalam usia setahun jagung, terlalu banyak sumbangannya. namun kita? apa yang kita ada.
beliau telahpun selamat bertemu sang bidadarinya di Syurga. kita masih lagi terkapai2 di alam fana ini tanpa tujuan hidup yang jelas.
hati ini sungguh cemburu dengan Arwah, namun dia berhak mendapat yang selayaknya.
sebak dada setiap kali menatap wajah nan suci itu dalam kain kafan. tenang untuk bertemu Pencipta...

titisan air mata berguguran lagi... hati menjerit...
AKU INGIN SEPERTINYA!!
namun bukan beerti aku hanya perlu berdiam diri, kaku disini tanpa berbuat apa2..
ayuh bangun syabab!
LETS FOLLOW AMMAR!
beliau berjaya menjadi qudwah buat kita yg masih hidup.

reflek balik pada diri, apa sumbangan kita pada islam selama kita bernafas hari ini...
Qum ya nafs!!!
tinggalkan zon 'selesa' anda.. Islam tak rugi tanpa kita, tapi kitalah yg sebenar2nya dalam kerugian itu...
Alfatihah buat arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. semoga Allah merahmatinya dan Syurga buatnya...

Thursday, 7 November 2013

Hakikat Kemenangan!


Teringat kembali saat-saat mula-mula menjejaki kaki ke universiti. Sungguh diri tidak tahu apa-apa..
Kadang-kadang hanya mengikut telunjuk orang lain dan kawan-kawan…sukar untuk  membuat keputusan senriri lantaran tidak yakin diri. Mengiyakan sahaja pendapat orang lain tanpa menyanggah apa pun.
Seperti biasa pada awal sem, universiti akan mengadakan pilihan raya kampus (PRK). Aku tidak hirau sangat dengan calon-calon yang akan bertanding ketika itu. Malah cukup meluat dengan kempen-kempen dan speaker corner yang dianjurkan mereka. Bagiku ketika itu, mereka terlalu kempunan akan jawatan-jawatan yang bakal di sandang. Jahil nya aku!
Lama kelamaan, minda semakin terdedah dan pemikiran semakin positif. Aku join Liqo dan berkongsi bermacam-macam perkara bersama naqibah. Aku dapat rasai perubahan itu walaupun tidak ketara.
Menginjak ke tahun 2.
Sekali lagi PRK berlangsung . hadafnya untuk mengganti pimpinan yg sedia ada dan mencungkil bakat-bakat baru.
Namun kali ini ada kelainannya. Setelah aku turut terlibat sama dalam berkpen untuk PRK, aku tahu apa hadaf mereka yang sebenar-benarnya. Mereka tidaklah seperti yang aku sangka.
Bila diteliti, amat sukar untuk mengangkat pejuang-pejuang islam even dimana-mana sekalipun, malah di Uni aku sendiri. Banyak sungguh pancaroba mereka. Berbekalkan kata-kata yang manis didengar, pengalaman-pengalaman lampau yang cukup untuk membuka mata, sungguh sengit persaingan itu.
Aku yang hanya terlibat dibelakang tabir turut merasa resahnya dengan saingan itu. Kami usaha sedaya mampu untuk memprkenalkan calon yang layak kepada semua warga kampus agar mereka tidak tersalah pilih.
Dari situ juga aku sedar, tidak seharusnya kita memilih mereka yg kita kenal, kerana itu belum cukup untuk membuktikan siapa mereka yang sebenarnya.
Sukar untuk meyakinkan semua orang dengan apa yang kita perkatakan. Mungkin mereka juga seperti aku kala menjejak kaki ke uni dahulu. Pilih yang mana suka, sedap mata memandang tanpa menghiraukan hakikatnya.
Allah menganjurkan pada kita untuk memilih pemimpin yang baik-baik kerana dengannya juga kita akan mendapat sahamnya kelak.kita akan dipersoalkan. Firman Allah SWT:
"dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang Yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang Yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya Kami telah menjadi pengikut kamu; maka Adakah kamu dapat menolak daripada Kami sedikit dari azab Allah? " mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan Selamat kepada kami, tentulah Kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". Ibrahim:21
Dan dalam peringatan yang lain, Allah mengingatkan kita yang kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita pilih semasa hayat kita:
"(ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia Dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya Yang baik) sedikitpun." Al Isra:71
Ketahuilah, tiada kegembiraan yang lain setelah aku mendapat tahu bahawa kemenangan berpihak kepada pejuang yang sebenar. Baru ku rasai kemanisan berjuang dan itulah hakikat kemenangan yang hakiki.
Semoga mereka yang terpilih it uterus menjalankan tanggungjawab seamanah mungkin dan terus mengangkat nama islam di uni malah di persada dunia…
Islam kan terus maju. Aku yakin itu pasti!!!