Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ
ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ
عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Kementrian
AgamaKatakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana
Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya
sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Demi
sebuah pengalaman yang priceless ni. Ku gagahkan kaki walau sakit.
Assalamualaikum wbt. ekceli
tak tahu nak mula entry kali ni dari mana. its all bout my little adventure
with my frens. ok macam ni lah ya, last month semasa nak pegi dengar talk Dr
Zakir Naik sempena DZN tour Terengganu di sekolah Imtiaz, ternampak satu banner
kat tepi jalan. "Beliawanis Tawan Gunung Stong" anjuran Urusetia
Belia dan Sukan Negeri Kelantan (UBeS). Dan aku rasa ni bukan kali pertama aku
nampak sebab tahun-tahun lepas pun ada. Cuma tak pernah ada peluang nak join
sama. So, kali ini apa salah kalau aku cuba nasib.
Nak dijadikan cerita, esoknya aku ke
tempat praktikal dan bagitahu kawan aku, cuba pelawa sesiapa yang nak join
tawan gunung. And yes, Kak Bie & Yaya bagi respon. Dia setuju nak join.
apalagi tunggu, K.Bie ajak kawang dia sorang lagi join grup kami.cukupkan 4
orang. Kami tak buang banyak masa, terus daftar sbb dikhuatiri penyertaan
penuh. maklumlah program free, cuma kami kena bayar rm30 sebagai cagaran semasa
pendaftaran dan duit cagaran itu akan dipulangkan kembali pada hari bertolak ke
Gunung Stong.
27 April kami diberi taklimat
berkenaan "Beliawanis Tawan Gunung Stong" yang bertempat di Syabab
Imtiaz. penerangan detail diterangkan oleh Abe Yie as a guider kami nanti. kami
diberi tentatif penuh selama 3 hari disana, do's and donts, apa yang perlu bawa
dan apa yang tak perlu.
12 Mei 2016.
Alhamdulillah
tiba juga hari yang aku tunggu. Bukan mudah sebernya, pihak UBeS terima 70
borang penyertaan sdangkan peluang hanya terbuka untuk 40 orang sahaja. Pukul
11.00 am kami berkumpul di Masjid SUK. diberi taklimat sekali lagi, pembahagian
makanan, solat hajat yang diimamkan oleh Ust Zul (exmudir TQM) dan perasmian
"Beliawanis Tawan Gunung Stong" oleh Yb Ust Abd Fattah Hj Mahmood.
Antara kata-kata beliau, "kami dari UBes tak pernah ketepikan beliawanis,
malah kami sedikan pelbagai aktiviti buat muslimat. Jangan anggap ini adalah
program tawan gunung untuk suka-suka. Ambil ibrah dan pengalaman yang berharga
ini kerana tak semua terpilih untuk ke sana." banyak kata-kata nasihat dr
beliau, cheq tak ingat dah . huuu
Selesai
taklimat , kami membaca doa agar dipermudahkan segala2Nya oleh Allah dan sesi
bergambar bersama Yb Fattah.
Around
12.30pm kami bertolak dari SUK ke Gunung Stong, Dabong. Perjalanan ambil masa
2jam lebih. not sure. Sampai kaki Gunung kami solat jamak/qasar , makan dan
taklimat lagi bersama guider dari wakil pihak Gunung Stong sendiri.
Kami juga diberi peralatan untuk memasak. pukul 5.pm kami mula mendaki ke Kem Baha yang tingginya 400m lebih .
Kami juga diberi peralatan untuk memasak. pukul 5.pm kami mula mendaki ke Kem Baha yang tingginya 400m lebih .
guider
bawa kami guna jalan air terjun.
Subhanallah.
cantikkan. Cuba tengok puncak bukit tu. atas tu la ada Kem Baha. Nampak dekat,
tapi jauh amat tu nak naik ke atas.
Puncak tu Kem Baha |
Take
5 kejap di Jelawang's waterfall. tak boleh lelama sebab hari makin gelap. Kalau
boleh nak sampai ke Kem Baha sebelum malam. Guna laluan air terjun ni memang
best sebab tak rasa penat tengok keindahan view air terjun.
ini Guider kami |
Jalan
terus..... trek ke kem baha agak mencabar. makin tinggi makin mencabar.
And
all praises to Allah, aku sampai kem Baha 7.30. maghrib.. Tapi tak semua sampai
awal. Ada yang lewat.
Sampai
je di Kem Baha, kami di beri 1 khemah per grup. pasang khemah. nasib baik ingat
lagi caranya. malam ini kami tak perlu masak pun sebab memang dah dibekalkan
pek makan malam dari kaki Gunung.
Selepas
solat isyak berjemaah, kami ada sesi taaruf bersama semua peserta, fasilitator,
penganjur. MasyaAllah, hebat-hebat semunya peserta yang join tawan Gunung Stong
ni. ada 3/4 orang peguam, guru, penjual kek, macam-macam lagi. Semuanya
dari latar belakang berbeza.
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13)
Setel
sesi taaruf , kami dibenarkan mandi sungai. Sejuk amat. tapi siyes best. tak
nyesal mandi. Rasa tak mau naik.
Rest.
Esok nak tawan Gunung Stong!
13 Mei 2016
Morning
dari Kem Baha. sayang tak dapat nk tengok sunrise pagi ni sebab nak kena
bersiap-siap untuk daki gunung. Kami perlu memasak untuk sarapan pagi dan
lunchbox untuk dibawa bersama semasa hiking. memang agak tergesa-gesa juga kami
masak, tp nasib baik siap tepat pada masanya sebab takut terlewat naik gunung.
Grup aku just masak nasi, sardine dan telur 4 biji. Sebelum tu kami sarapan
dengan air milo panas dan roti buat alas perut nak hiking.
So
before start hiking, macam biasa ada sedikit taklimat ringkas dari Abe Yie.
Katanya, “Korang kalau dah daki nanti, jangan fikir nak cepat, nak sampai
puncak nombor 1 dan tinggal member di belakang. Jangan risau, kalau jd orang
pertama sekalipun, tak ada awards pun. Bila kita dah kat atas, sentiasa pandang
ke bawah. Dari mana kita berasal. Lagi satu, kalau kita tak dapat nak tolong
orang lain, jadi jangan susahkan orang lain.” Ya, betul sangat pesanan Abe Yie
tu. If anythings come up, setelkan cepat2.
Sayangnya dua orang peserta tak dapat join tawan gunung hari ini sebab
ada masalah kesihatan. Mereka hanya akan tunggu di Kem Baha. Biasanya perjalanan daki gunung dijangka ambil masa
5-6 jam untuk reach a peak. tu pun bergantung pada kecepatan and stamina
masing-masing.
Jam
9.00 pagi kami dah mula mendaki. Tak sampai kemana-mana lagi aku dah semput.
Haha jalan memang tak ada yang rata weh. Tapi kaki tetap berjalan. Aku rasa ari
ni much better dari semalam sewaktu mendaki dari kaki gunung menuju Kem Baha.
Sempat jugak la aku kutip daun kering dibuat kipas. Panas semacam rasanya walau
sekeliling dipenuhi pokok hutan. Pukul 9.30 macam tu kami sampai di air terjun
Sungai Rantai. Jernihnya air mengalir di celah-celah batu. Aku menapak di atas
batu-batu kering untuk ke seberang dan take 5. Botol air diisi penuh untuk
perjalanan seterusnya.
air terjun Sg Rantai |
Yaya
sempat pesan, ‘korang jalan cepat la sikit. Jangan terlalu banyak berhenti.
Sebab bila kita cepat, maka lama la kita dapat rehat. Hemmm terinspirasi la
jugak. Tak pe, nanti aku cuba. Dari Sungai Rantai, kami kena panjat tangga yang
tinggi. Haaaa part ni aku suka, jalan ke Kem Balak memang terbaiklah, jalan
rata. Memang aku dan kak bie jalan penuh santai tanpa rasa semput, tak penat
pun. Tak ada orang pun di depan dan belakang aku, tapi Subhanallah rasa tenang
aje. Tak ada sedikit pun rasa takut, malah yakin aku selamat. Aku borak-borak
dengan Kak Bie sambil menghirup udara segar yang jarang aku dapat sebelum ini.
Bunyi ungas dan kicauan burung yang menemani kami memang indah.
Jam
10.15 kami tiba di perhentian Kem Balak. Tempatnya lapang dan sedikit
luas. Aku ada tanya Ust Zul, kenapa
tempat ini dinamakan Kem Balak dan katanya kerana dulu-dulu lori balak masuk
ambil kayu balak disini. Ishhh heran betul acane lori boleh sampai ke atas ni.
Tinggi pulak tu + kena redah sungai. Kat sini kami berhenti lama sikit untuk
bergambar sambil menunggu peserta-peserta lain yang masih ramai di belakang.
10.55
kami teruskan kembali perjalanan. Haa kali ini, jangan mimpi nak selalu ada
tanah rata. Nama pun gunung yang sememangnya sifat gunung itu tinggi menegak.
Makanya, jalan semakin sukar. Panjat memanjat sekejap ada turun dan ada
naiknya. Jam 11.06 kami sampai di tempat
terakhir punca air. Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta untuk isi
botol kosong sebaik mungkin sebab lepas ni dah tak ada air sehingga ke puncak
dan turun balik. Kalau congak2 dalam kepala, lagi 3 jam untuk sampai ke puncak.
Itu pun kalau kaki power. Alamak, aku kena berjimat dengan air ni.
Trek
sungguh mencabar. Sekejap panjat batu besar, sekejap panjat akar-akar kayu yang
berselirat (juz like wall climbing gittew) dan sekejap kena panjat batang pokok
besar yang melintang trek perjalanan kami. Oh penuh onak ranjaunya. Sekejap
berjalan dan sekejap berhenti. Sungguh tak tahan.
Selepas sejam yang penuh liku, aku sampai di sebuah perhentian berdekatan sebuah batu yang besar. Fasi kata ini perhentian Sang Kelembai. Baru aja aku nak duduk, team yang sampai awal tadi dah nak gerak. Aduhaiiiii… tak larat. Biarlah dorang gerak dulu. Aku ambil Ameltz Yoko Yoko dan sapu di seluruh tempat yang sakit2 dan lenguh. Berangin, lega sikit. Teruskan perjalanan.
penuh dengan akar berselirat |
Selepas sejam yang penuh liku, aku sampai di sebuah perhentian berdekatan sebuah batu yang besar. Fasi kata ini perhentian Sang Kelembai. Baru aja aku nak duduk, team yang sampai awal tadi dah nak gerak. Aduhaiiiii… tak larat. Biarlah dorang gerak dulu. Aku ambil Ameltz Yoko Yoko dan sapu di seluruh tempat yang sakit2 dan lenguh. Berangin, lega sikit. Teruskan perjalanan.
Sang Kelembai |
Jalan
punya jalan, entah berapa kali aku berhenti pun aku tak tau. Kak Bie peneman
setia. Aku ingat aku aje macam tu, rupanya ramai lagi di belakang yang
tercungap2 tak cukup nafas. Then, kami terpaksa lalu di atas satu batang balak
yang cukup besar. Kalau sebelum ini, para peserta terpaksa merangkak dan
mengensot diatas batang balak itu sebab di khuatiri jatuh, tapi kami
Alhamdulillah dah ada pukat sebagai tempat bergantung.
Bau
sardine dalam beg tu seakan-akan mencucuk perutku. Lapar lah pulak. Mana
taknya, dah dekat zuhur ni. Alhamdulillah tepat azan zuhur jam 1.10 kami sampai
di perhentian last sebelum sampai ke puncak. Lapar, penat. Dan aku memang tak
tahan. Asal fasi lalu, kami mesti tanya, lambat lagi ke, jauh lagi ke, pukul
berapa nak sampai???
Dan
jawapan yang kami terima, dah dekat, sikit aje lagi, bertahanlah. Tu dah nampak
pun puncak gunung, korang kena kuatkan semangat. Then kami pun bersemangat
sekejap.
Bila
aku dan kawan-kawan patah semangat, aku sering ingatkan, ‘kalau aku tak sampai
kat puncak Stong, malulah pada baju yang aku sedang pakai ni. Lagipun aku dah
daki sejauh ini, sikit saja lagi menuju kejayaan.’ Dengan itu aku kuat kembali
walau sering take 5 yang tak abes-abes.
Dan
jalan kali ini lagi menggerunkan malah buat jantung aku bagai disentap2. Fuhhh
tinggi dan kena berpaut pada akar2 yang berselirat. Gaya dah macam spider man
waktu tu. Bila dah naik dengan susah payah macam ni, aku rasa malas nak turun
kebawah.
Cuaca
kat atas ni makin sejuk dan udara yang bertiup membawa angin segar. Once aku
baru nak labuhkan punggung, Guider cakap, awak akan menyesal sebab berhenti kat
sini, padahal puncak Stong dah ada kat depan tu. Apalagi, tenaga seakan di
recaj kembali. Ku gagahkan kaki untuk bangun dan berjalan walau terketar2 dek
lapar dan penat.
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Puncak
gunung dah depan mata, tunggu nak panjat ke batu besar aje. Atas nasihat kawan2
, kami yang dah sampai makan dahulu di bawah puncak. Disebabkan dah terlalu
lapar dan penat, aku dah xder selera nak makan. Jamah sikit je buat alas perut.
Selepas
tu, kami panjat puncak Gunung Stong, and here we are!!!!!
Nah
nak belanja gambar di puncak. Tak mau cakap banyak.
Bila duk atas ni siyes tetiba rasa gayat macam nak jatuh ke kaki gunung. Cantiknya view dari atas, nampak pokok menghijau, Gunung Ayam.
yessss, kami berjaya.. |
my team members |
nyaman amat. depan aku tu Gunung Ayam |
fuhhhh angin bawalah rindu ini buat teman2 |
Sampai ikat2 kasut kak bie and hanis sebab dah nganga |
rest kaki sat |
ni fasi lelaki ya. bukan beliawanis |
Bila duk atas ni siyes tetiba rasa gayat macam nak jatuh ke kaki gunung. Cantiknya view dari atas, nampak pokok menghijau, Gunung Ayam.
Pukul
3 aku turun berehat di bawah pokok. Paling depan berbanding orang lain sebab
nak sapu ubat pada kaki. Tetiba dengar suara tangisan. Cer teka siapa? No no,
Gunung Stong tak de benda pelik2. Suara kak Ira yang baru sampai. Teresak2 dia
nangis, terharu mungkin. Tahniah kak Berjaya juga sampai even lambat. Usaha tu
penting, tak putus asa.
Pukul
3 lebih kami mula berjalan turun. Ramai bergerak laju ke depan, tapi bukan aku.
Bila menurun ni, ujian dia berbeza dengan sewaktu mendaki. Rupanya lagi seksa
menapak turun kerana kaki akan mencengkam dan ibu jari kaki membengkak. Sakit
amat. Baru sedikit kami berjalan, cuaca mula berubah. Awan berarak mendung
diikuti angin ribut. Hujan turun dengan lebat. Allahu, ujian buat kami semua.
Kesejukan teramat. Trek mulai licin dengan jalan yang basah dan daun2 yang
basah. Seringkali kami tersadung kaki.
Tetiba
sebatang pokok tumbang berhampiran tempat kami sedang berjalan. Guider
mengarahkan kami semua untuk berhenti sebentar di bawah sebatang pokok besar
sementara menunggu hujan reda.
Perjalanan
diteruskan even jalan dah tak selancar tadi. Ust Zul bagi tongkat dia untuk aku
guna, padahal aku dah ada kayu untuk bertongkat. Alang2 dia beria menghulur,
aku terima ja sebab kaki dah parah. Ops, lupa nak cakap, Ust Zul ni exMudir
TQM. Memang dia sorang yang hepi, sempoi dan baik.
Jam
dah hampir ke pukul 6.15 petang. Kami sampai di Gua Bogor. Bersolat di dalam
gua. Tak lama pun kami disitu. Usai solat terus gerak. Aku gerak dengan Kak
Bie. Ramai lagi yang masih dibelakang bersama fasi. Aku terpaksa jalan awal
sebab kaki sakit. Terlalu kecil langkah yang boleh dibuka. Jalan punya jalan,
aku dah tak banyak berhenti sebab hari makin gelap. Aku tak nak bermalam di
tengah2 hutan. Kami ready dengan head lamp. Kali ini Kak Saadah (fasi) ada
menemani aku dan Kak Bie. Kak Saadah cakap, sikit lagi nak sampai ke Kem Baha
sebab dah kedengaran bunyi air terjun. Kebiasaan Kak Saadah bawa peserta lepas,
diorang kemalaman di hutan dan tiba di kem baha paling kurang jam 9 malam.
Azan
maghrib sayup-sayup kedengaran. Jalan makin kabur, hanya head lamp menjadi
penyuluh saat ini. Yess, kat depan dah ada papan tanda KE KEM BAHA. Arah kanan.
Alhamdulillah. Jam 7.50pm aku, kak bie dan kak saadah tiba di Kem Baha.
Sampai aje di khemah, Yaya dan Hanis dah siap masakkan maggi telur. Baunya betul2 menyengat hidung. Tapi aku tak sentuh bnayak pun sebab aku tak makan sangat maggi yang diletak telur.
Penat turun dari gunung sampai kem baha. en Farmi snap picture pulak |
Sampai aje di khemah, Yaya dan Hanis dah siap masakkan maggi telur. Baunya betul2 menyengat hidung. Tapi aku tak sentuh bnayak pun sebab aku tak makan sangat maggi yang diletak telur.
Malam
kedua ni, kami tak banyak aktiviti melainkan aktiviti peribadi. Kami dibenarkan
berehat. Selesai membersihkan diri, ambil air dari sungai, kami masak nasi dan
goring ikan kering. Perghhhh betul2 berselera kali ini. Bayangkan dalam
kesejukan, kita makan nasi panas dan ikan kering. Yum yummm. Deliciousssss!
Last, kami masak air dan buat tea o panas, then bila siap tea o semua masuk
khemah dan tidur. Maka tinggallah tea o tu kat luar sampai pagi. Hahha sejuk
sangat punya pasal+ mengantuk.
Malam
yang sangat dingin. Beberapa kali aku terjaga sebab terlampau sejuk sampai
terketar2. Badan xdapat bergerak banyak sebab kesakitan panjat gunung. Stokin
tebal yang membaluti kaki tak mampu menampung kesejukan. Tapi mata tetap tak
mampu nak buka sebab penat sangat2.
14 Mei 2016 | Last day
Allahu
Akbar. Pagi ni celik je mata, badan langsung tak leh nak gerak. Macam mana ni?
Sekejap lagi nak siap2 masak dan berkemas untuk turun ke kaki gunung. Aku tanya
kawan2 dari khemah lain kot2 dorang ada panadol. Alhamdulillah dapat 2 biji.
Then aku sapu Yoko Yoko seluruh badan. Cuba gagahkan diri jugak ke bilik air
dan tukar gas kecil tu sebab dah totally out.
Syukur
dapat juga melangkah even langkahan aku terlalu kecil. Dah macam orang beranak
je lagaknya. Mungkin tadi urat2 aku terlalu tegang kesejukan semalam and now
baru nak berfungsi balik. Lega.
Tapi,
ada satu perkara yang amat menyedihkan. Sesapa yang dah sampai ke Kem Baha and
tak tengok sunrise, memang dia sorang yang rugi. Dan, akulah orangnya.
Kak Bie
ada juga ajak aku tengok sunrise, tapi yela, tadi langsung aku tak boleh nak
gerak. Seksa wooo.. team aku semua tak pegi sebab sibuk mengemas. Orang lain
pun sama. Rasanya tak ramai tengok sunrise. Nah, aku belanja jugak gambar
sunrise ihsan dari cameraman kami En.Farmi. Subhanallah cantik kan. Macam
diawang-awangan gitu. Awan tebal di kaki. Matahari malu-malu.
Inilah keindahan Sunrise dari Kem Baha. Berdiri disisi awan. |
Main masak2 |
Sarapan kami. |
Pagi
ni kami masak nasi and kari ayam. Air milo panas.
Lepas tu terus berkemas2, basuh bekas2 kotor and bergambar sat. Kami bergambar kejap di air terjun Kem Baha sebagai ubat tak dapat tengok sunrise tadi.
Lepas tu terus berkemas2, basuh bekas2 kotor and bergambar sat. Kami bergambar kejap di air terjun Kem Baha sebagai ubat tak dapat tengok sunrise tadi.
Kat belakang kami ada air terjun |
perghhhh udara pagi yang segar. berkabus tebal. kat atas tu ada Telaga Tujuh |
Jam
10.15 pagi kami bertolak turun dari kem baha. Dan seperti yang aku cakap tadi,
langkah aku perlahan. Sepanjang perjalanan menurun itu amat menyeksakan aku. Sungguh
aku tak tahan. Biarlah semua orang mendahuluiku. Aku tak kesah pun. Lagipun ramai
lagi di belakang. Kalau trek yang turun mencuram, aku terpaksa bergerak
mengundur. Macam budak baru belajar berjalan, itulah hakikat. Jalan balik kami
tak ikut Air terjun Jelawang, tapi laluan jambatan gantung. Sebelum sampai ke
jambatan gantung, jalan dari hutan nak turun ke air terjun sangat2 menjunam. Kami
terpaksa pegang tali dan rantai besi kuat2. Sungguh part ni amat menggerunkan. Apa
lagi, aku campak beg aku dari atas ke bawah sampai tergolek2 beg aku.
Alhamdulillah nasib baik tak rosak beg tu dan hp aku.
12.15
baru aku sampai kat kaki gunung . Aku terus
buka kasut dan pakai selipar getah sebab dah tak tahan sakit. Ibu jari dah
bengkak2 dan kuku bertukar jadi biru kehitaman. Dah ramai yang sampai awal dan
sedang berkumpul di dewan makan untuk perasmian penutup oleh Ust Man.
After
zuhur, majlis persamian penutup, ucapan wakil peserta (kak Samihah) dan
pembahagian sijil. Dapat dua sisjil lagi. 1 dari Kerajaan Negeri Kelantan n
satu lagi dari Pihak Jawatankuasa Gunung Stong sendri.
Selesai majlis penutup, kami dijamu dengan Nasi Ayam dan solat zuhur. Jom balikkkkkkk!!!!
Selesai majlis penutup, kami dijamu dengan Nasi Ayam dan solat zuhur. Jom balikkkkkkk!!!!
Nah
itu aje aku nak cerita pengalaman aku. Siyes bila dah sihat balik aku rindu nak
ke sana lagi.
Aku rasa ingin sekali panjat kaki gunung
sampai puncak lagi dan lagi.
Aku
nak jumpa sunrise dan tatapya lelama,
Aku nak rasa lagi air gunung yang sejuk dan
dingin,
Aku
nak rasa lagi nyamannya udara yang berhembus sepanjang aku dihutan.
Aku nak dengar deruan air yang menampar
batu-batu
Aku
nak dengar bunyi burung berkicauan dan suara unggas.
Sungguh,
aku rindu akan semua kenangan itu.
Sakit.
Semuanya boleh hilang.
Kenangan?
*Thanks
semua yang terlibat.Yb Fattah Mahmoud, My team member, pihak UBes, fasi ,
guider, dan sahabat peserta yang lain. Tanpa kalian aku tak sampai kesana.