Wednesday, 17 June 2015
#Ramadhanku,# FinalExamku!
Salam Ramadhan almubarak!
Esok 18 Jun 2015 satu detik yang cukup bermakna.. buat pertama kalinya aku dan kengkawan berpuasa di bumi USIM yg bernilai ini... tapi, bukan sekadar berpuasa, malah berimtihan juga...
macam-macam program kami rangka untuk ramadhan. ODOJ, Khatam quran deng geng usrah, masak iftar sesama, berjemaah, terawih, sahur, study... banyak benda...
cuma pelaksanaannya bagaimana? risau jika ada pertelingkahan di bulan mulia ini... harapnya tiada..
lagi harapan aku, arap dapat seimbangkan antara study dan kejar pahala di bulan ramadhan.. sebab jika study dengan niat yang betul, insyaAllah juga jd satu ibadah kan?
di kesempatan yang ada ni, nak mohon berjuta ampun maaf dr sahabat handai , sedara mara, cikgu cikgi and sesapa jer yang pernah terlibah dlm hidup aku.. sama-sama kita berbuat pahala seikhlas mungkin di bulan barkah ini...
lastly, Ahlan ya Ramadhan! sangat rindukan suasananya... Ya Allah, sampaikanlah aku sehingga ke penghujung Ramadhan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu medan pesta ibadah buatku. jadikanlah aku istiqamah.. permudahkanlah imtihanku... bantulah aku dengan urusan2 harianku... Aminnn ya rabbal alamin :)
Tuesday, 2 June 2015
Top reasons: Why Jesus isn’t God?
Assalamualaikum buat semua umat slam dan pembaca yang sudi
membaca entry kali ini. Tidak lupa di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Nisfu Syaaban. Kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis tenteng
beberapa sebab mengapa Jesus(Nabi Isa AS) bukan Tuhan.
Sebagaimana yang kita
semua maklum bahawa, Nabi Isa dikagumi oleh dua buah agama yang besar di dunia
ini. Islam dan Kristian. Menurut Kristian, mereka bukan sekadar menganggap Nabi
Isa sebagai seorang utusan, malah sebagai Tuhan/Anak Tuhan. Namun, bagi kita
sebagai umat Islam, ianya cukup tidak masuk akal apabila seorang manusia di
gelar sebagai Tuhan. Menurut Islam pula, Nabi Isa adalah seorang nabi seperti
nabi dari kalangan nabi-nabi terdahulu. Islam
tidak pernah menolak kehadiran Nabi Isa. Malah turut mengagungkan baginda. Nabi
Isa di beri banyak kelebihan oleh Allah SWT seperti dapat menyembuhkan orang
buta, menghidupkan orang mati, malah Ahl Sunnah Wal Jamaah yakin bahawa Nabi
Isa akan kembali untuk melawan Dajjal satu masa nanti.
Tidak mahu berbicara lebih lanjut, saya ingin terus kepada
sebab-sebab kenapa Nabi Isa bukan Tuhan?
1-
Tuhan tidak beranak dan
diperanakkan.
Tuhan itu bukan didatangkan untuk
muncul malah, tuhan sememangnya wujud. Sebaliknya,
Nabi Isa dilahirkan melalui rahim wanita biasa iaitu Maryam. Cuma kelahirannya
adalah satu keajaiban kerana dilahirkan tanpa seorang bapa. Inilah yang
menunjukkan tentang kekuasaan Tuhan semesta alam. Jelas di sini bahawa Tuhan
tidak mempunyai permulaan akan tetapi Nabi Isa mempunyai tarikh kelahiran.
2-
Tiada Tuhan selain Allah.
Tuhan berkata: “Akulah tuhanmu, dan tiada
yang yang lain sepertiKu”.
Malah jika diperhatikan, tiada sebarang
pengakuan dari Nabi Isa yang menyatakan bahawa dia adalah Tuhan dan baginda
tidak pernah menyuruh umatnya supaya menyembahnya. Akan tetapi, Nabi Isa
menyeru umatnya supaya beriman dan patuh pada Allah yang satu.
3-
Tiada sesiapa yang dapat
melihat fizikal Tuhan.
Menurut Bible : John 1:18 “ No one has ever
see God”. Jelas sekali bahawa bible turut mengakui bahawa tiada sesiapapun yang
mampu melihat Tuhan. Akan tetapi, umat terdahulu mampu melihat, menatap dan
menyentuh Jesus.
4-
Perkataan Trinity tida
pernah disebut di dalam Bible. Jika ditelusuri sejarah, Nabi Isa tidak pernah
mengajarkan pada umatnya tentang Trinity. Trinity merupakan 1 doktrin dari Paul
of Tarsus. Dan untuk pengetahuan semua, Paul of Tarsus sendiri tidak pernah
berjumpa dengan Nabi Isa, apatah lagi
belajar dengan baginda. Hal ini cukup untuk membuktikan bahawa doktrin trinity
bukanlah ajaran Jesus dan hanya rekaan Paul of Tarsus semata-mata.
*Allah adalah satu, bukan 3 dalam satu. Dan kita
wajib menyembah Allah yang satu!
5- Sebab terbesar, Nabi Isa makan, minum, tidur
dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Ciri-ciri ini jelas
menunjukkan bahawa Nabi Isa asalah manusia biasa. Namun, ciri-ciri itu tidak
ada pada Allah. Allah tidak memerlukan sebarang sesuatu dan pertolongan untuk
meneruskan kewujudannya.
6-
Nabi Isa mengaku bahawa
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan ilmuNya terlampau luas. Akan tetapi,
pengetahuan Nabi Isa adalah terbatas.
7-
Ajaran trinity tidak mampu
diterangkan kepada anak-anak kecil. Hal ini kerana, Trinity hanya akan
mengelirukan lagi semua orang.
8-
Jesus bukan anak Tuhan. Seperti
hujjah di nombor satu. Tuhan tidak
mempunyai anak dan Tuhan tidak memerlukan human needs.
9-
Tuhan tidak berubah. Ini menunjukkan
bahawa Tuhan itu Maha Sempurna dan tidak
dapat ditandingi oleh apapun dan siapapun. Arahan Allah juga sentiasa tetap dan
tidak boleh diubah.
10-
Para nabi seperti Adam,
Musa, Nabi Isa hanyalah Allah yang membawa utusan kepada seluruh umat manusia.
Apa yang Tuhan mahukan dari kita? Sebenarnya mudah saja:
-
Menyembah Pencipta yang
satu(Allah), bukan ciptaanya.
-
Patuh kepada Allah, bukan
pada kehendak nafsu.
-
Berserah diri kepada Allah.
Sumber rujukan:
https://www.youtube.com/watch?v=YW99U4JWNEc
– The Deen Show
Translated: Asyraful Banat.
Subscribe to:
Posts (Atom)