Soalan yang sememangnya sentiasa
meniti di bibir muda-mudi zaman sekarang. Dan apa yang pasti, persoalan
mengenai cinta ini tidak akan pernah habis hatta mata tertutup. Sukar sekali
mencerakinkan otak untuk memikirkan apa itu cinta.
Tv pada hari ini sering memaparkan
pelbagai kisah cinta. Semua hanyut bersama cinta yang sungguh indah itu.
Radio menyajikan lagu-lagu cinta
yang mengasyikkan telinga-telinga yang mendengar.. ahh romantisnyaaaa.
Akan ku renang
lautan yang berapi….
Hebat sungguh penangan cinta.
Sungguh menipu.
Novel tidak ketinggalan untuk
menggarap cerita-cerita romantis yang kadang-kala tak logic dek akal.
Fb
membahaskan isu-isu cinta yang sentiasa hangat hasil perbahasan ‘ulama-ulama’
FB.
Namun semus yang dibahaskan itu adalah
tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkisar soal cinta berlainan jantina
remaja masa kini. Skop cinta yang sebenar tidak hanya membicarakan soal remaja.
Ianya termasuk cinta anak kpd ibu bapa, cinta seorang pemuda pada agama, cinta
seorang guru kpd anak didiknya dan apa yang paling UTAMA, cinta hamba kepada
PENCIPTA cinta.
Itulah hakikatnya, kita hanya
menyempitkan minda sendiri dengan hanya memilih satu lorong cinta.
Menurut ahli sufi:
Cinta adalah
kekuatan,
Yang mampu
mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka
menjadi anggur,
Mengubah iblis
menjadi malaikat,
Mengubah sedih
menjadi riang,
Mengubah
penjara menjadi istana,
Mengubah
musibah menjadi muhibbah,
Itulah
cinta…..
Cinta menurut saya dan rakan-rakan
pula:
Cinta adalah
transformasi,
Yang mampu
mengubah pen menjadi marker,
Mengubah lorong
menjadi lebuhraya,
Mengubah kipas
menjadi aircond,
Mengubah lapar
menjadi kenyang,
Mengubah sendu
menjadi sendawa,
Mengubah desa
menjadi kota,
Mengubah kancil
menjadi Volkswagen…..
kikiki… itulah cinta.
Bercinta itu tidak salah kerana
hadirnya perasaan itu sebagai satu fitrah buat kita. tipulah jika ada yang
mengatakan bahawa dia tidak pernah jatuh cinta. Lalui landasan yang benar agar
cita tidak tercalar.
Hendaklah
cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka kerana nanti akan membakar diri.
Cinta itu luas dan banyak pendapat yang
terkandung didalamnya.
Lalu cinta islamik pula bagaimana?
Hurm wujudkah cinta islamik?
Cinta islamik yang yang bagaimana?
Keluar dating dengan couple sambil
bertazkirah atau saling mengejutkan couple untuk qiamullail?
Ahhh alangkah islamiknya…
Teringat saya dengan kata-kata Ustaz
Fadhli Shaari, jika kita sibuk mengejutkan kekasih hati(yang belum halal) untuk
bertahajjud, itu adalah coklat syurga berbaur neraka. Melakukan kebaikan dalam
kemungkaran. . Itu bukan dakwah namanya, tetapi musnah. Ellleh rakan sebilik
pun malas nak kejut. Kononnya cinta kerana Allah.
Allah melarang jelas lelaki dan
perempuan daripada saling berpandangan dengan niat suka-suka,apatah lagi untuk
memuaskan hawa nafsu. Ingin ditekankan bahawa,bercinta sebelum berkahwin adalah
jalan-jalan menghampiri zina dan ia adalah perbuatan yang dilarang di dalam
islam. Tetapi, ramai yang menyanggah apabila bercinta sebelum berkahwin
dikatakan menghampiri zina. Ayat yang cukup popular dalam kalangan remaja
ialah, ‘kami tidak berzina,kami hanya keluar makan-makan aje, main sms sahaja
dan pelbagai alasan lagi yang mereka kemukakan.’ Mereka lupa bahawa Allah
memberi amaran keras: Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina
adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Al-Israk:32.
Mula-mula mungkin hanya ber‘sms’, kemudian keluar lalu bersama semakin
bertindak berani.
Zina boleh berlaku dalam apa jua
keadaan sekalipun. Mata, hati, telinga, tangan dan sebagainya.
Mari kita rujuk kembali panduan kita
iaitu al-Quran. Memang ada yang bertanya, ‘kita kan dijadikan oleh Allah untuk
hidup berpasang-pasangan, jadi mengapa tidak boleh bercinta?’. Ya,benar sekali.
Allah ada menyebut dalam surah Yaasin ayat 36: ‘Maha suci Allah yang
menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan
dari diri mereka mahupun dari apa yang mereke tidak ketahui.’ Dan juga
dalam surah al-Hujurat ayat 13. Tapi, jangan kita lupa, Allah turut memberi
amaran kepada kita dalam surah an-Nur ayat 30: ‘Katakanlah kepada
lelaki-lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.’ Serta sambungannya pada ayat 31
surah yang sama.
andai
benar cinta, biarlah smpai ke syurga...
andai benar cinta, tggalkanlah kemudharatan...
andai benar cinta, jauihilah neraka...
andai benar cinta, setialah...
andai benar cinta, berjuanglah mati-matian...
dan jika benar cinta, berpimpinlah tangan ke gerbang abadi...
itulah cinta yang tdk terjual beli...
andai benar cinta, tggalkanlah kemudharatan...
andai benar cinta, jauihilah neraka...
andai benar cinta, setialah...
andai benar cinta, berjuanglah mati-matian...
dan jika benar cinta, berpimpinlah tangan ke gerbang abadi...
itulah cinta yang tdk terjual beli...
(cinta
selepas halal buatmu)
~rabbana hablana min azwajina,wazurriyyatina qurrata a'yyun...waja'alna lilmuttaqin imama~
Ya Allah, aku menolak cinta
dari insan bernama lelaki,
Aku sudah tidak hiraukan apa
kata orang padaku.
Kerana aku ingin cuba untuk
setia padaMu…
Aku tidak akan menduakan
cinta ini sebelum saatnya…
Aku ingin mencintaiMU….
Semoga si dia juga turut
mencintaiMu di saat ini untuk diri ini,
Semoga si dia juga turut
setia…
Jagalah hati ini daripada
disentuh tangan-tangan bernafsu…
Dunia bukan matlamatku…
Akhirat tujuan asal adanya
aku…
Sukarnya hati untuk
bermujahadah…
Aku berharap aku akan kekal
di jalan ini…
Amin ya Rabb…
“Sampaikanlah
dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Pesanan
untuk diri yang menulis dan sahabat-sahabat. Moga ditetapkan hati dan temui
cinta yang hakiki.
20 April 2013.