Wednesday, 7 May 2014

R4BIA: Ianya Telah Menjadi Syiar... كانت إشارة


Semalam sewaktu di dalam dewan kuliah, telah menjadi kebiasaan kepada aku dan teman-teman sekuliah untuk 'menonton' or 'mendengar' lagu atau apa-apa bahan sekalipun sebagai halwa telinga sebelum kuliah dimulakan. Biasanya kami hanya mendengar nasyid-nasyid kesukaan masing-masing(depend pada siapa yang handle PC time tu). Tiba-tiba seorang sahabat mensyorkan dan kongsikan pada kami nasyid R4BIA: ianya telah menjadi syiar. Nyanyian oleh gabungan hampir 13 buah negara dengan durasi hampir 14 minit. antaranya wakil dari negara Mesir, Syria, Jordan, Spain, USA, Morocco, Turkey, Palestine, Algeria, Kuwait, Lubnan, Yaman dan yang paling penting, wakil dari Malaysia turut ada iaitu saudara Dakmie dan Muadz.

Sungguh pada waktu itu aku merasa cukup sebak dan terharu sehinggakan air mataku mampu menitis. Kesatuan terlihat jelas melalui Video itu. kesatuan ummah yang didambakan sebelum ini terlayar di depan mata. Dan disitu, aku dapat lihat jika Islam bersatu seperti itu, tidak mustahil bagi kita untuk menang adan memperoleh apa yang diidamkan sekian lama.

Atas nama Islam yang suci kita boleh bersatu dan atas nama Islam juga kita perlu sama-sama bangkit demi melawan yanag batil...

dan kat sini, aku sertakan apa yang aku dengar... sebuah lagu yang cukup indah.. bukan sekadar lagu, tapi ianya juga satu harapan kita umat Islam bersama...

Pada suatu masa yang lalu,
Ada satu simbol yang membentuk sebuah medan,
Di mana impian penghuninya agar tanah air mereka dikembalikan buat anak-anak generasi nanti,
Medan berkembang menjadi sebuah tanah air,
Tanah air terbentuk dari jutaan medan,
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Dengan kasturi yang telah sebati dengan tanah,
Dengan darah dan air mata pemuda,
Walau kau disakiti hari ini,
Akan kembali padamu mentari yang bersinar.
Pada hari ini diseluruh medan,
Semuanya telah menjunjung simbol R4BIA wahai saudaraku,
Dengan jutaan Asma’ ( Asma’ Beltagi),
Menggerakkan degupan jantung.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.


Pemburu kebebasan dan penjara-penjara buatan pengecut,
Buatannya dari bumbung dan dinding,
Penjaraku terbuka menghadap langit(dunia),
Dan kalian adalah tawanan yang tercela penuh kehinaan.
Kerana harapan mereka untuk hidup dalam kemerdekaan,
Mereka memutuskan untuk turun ke medan-medan,
Kemudian mereka mati demi menggambarkan suara mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Wahai pemburu kemerdekaan, siapakah yang mampu membinasakanmu?
Dengan kau yang tetap tsabat dengan setiap langkahmu,
Telah gugur sahabat-sahabatmu mendahului kamu,
Jaga-jaga, jangan kau terduduk dengan diammu!
Terik uratmu melaungkan laungan-laungan semangat,
Biar gerun tentera-tentera yang jelik,
Duhai perwira hidupmu sederhana,
Demi mendapatkan semula hakmu untuk membuat pilihan.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Revolusi para pemuda Mesir yang berkobar-kobar kecemburuannya,
Laluan yang dipenuhi dengan kesakitan dan penghujungnya cahaya,
Tidak mungkin menghalangnya walau seribu pagar,
Seorang yang ditanganya terdapat keputusan.
Medan Rab’ah rindu saat-saat berpuasa,
Dan suara Muhammad saat Qiamullail,
Buat hati-hati yang disaksikan langit,
Ku hamparkan ke atas tanahmu(Rab’ah) dan aku tidur disitu.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Duhai rakyat Mesir,
Kalian telah menunjukkan kepada kami erti cahaya dan harapan,
Kebebasan yang bersinar dan terang.
Namun kematian yang tidak masuk akal dan tragedy,
Membuatkan masa depan kelihatan suram,
Apa yang telah terjadi pada cahaya yang pernah kalian tunjukkan padaku?
Wahai rakyat Mesir marilah kita bersama,
Kerana aku tahu kita akan dapat melakukan walau apa pun,
Kita telah berjuang terlalu jauh untuk berputus asa begitu sahaja.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.
Wahai pengaruh ruh diatas tanah air ini,
Telah terbakar urat sendi mereka dan dibaluti kafan.
Hakmu akan dikembalikan wahai syahid,
Walau selama manapun kami berjuang.
Kebenaran itu terlihat jelas buat mereka yang menyaksikan,
Akan menang menentang mereka yang batil dan pengecut,
Aku tidak akan menyerah kalah walau apa pun yang berlaku,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Aku tetap teguh ditempatku dan tak akan mundur,
Aku tidak akan mati dan tidak akan hidup,
Lepaskanlah tembakan peluru aku tidak peduli,
Impianku tidak akan terkubur dengan senjata api.
Kesabaran dan keteguhan itulah sahaja yang perlu engkau lakukan,
Dan aku bertawakkal padaMu wahai Tuhanku,
Kami kembalikan semua harapan kami kepadaMu,
Teguhkanlah dan kurniakanlah kemenangan.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Mengapa kita sentiasa berdendam?
Mengapa kita turuti kejahatan?
Undang-undang rimba menguasai kita.
Senjata membunuh manusia,
Kebenaran tidak tahu sekalipun kebatilan mendadak dan angkuh,
Mari kita bina dengan kasih sayang.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

Fahaman ini akan luntur dengan peluru,
Kemerdekaan itu telah menjadi impian pada hari ini,
Dan kebenaran itu akan tetap diperjuangkan walaupun dihalangi oleh orang-orang yang zalim.
Wahai seluruh pembela kemerdekaan yang ada,
R4BIA adala simbol keteguhan,
R4BIA adalah sebuah tanah air yang tiada sempadan,
R4BIA (pendek katanya) adalah sebuah kemuliaan.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.



Impian mencapai kemuliaan sudah kian hampir,
Samada akan hidup sebagai perwira yang sejati atau mati syahid?
Kau bina tanahmu dengan urat-urat sendi,
Kau sapu air mata sebuah tanah air yang terjajah,
Wahai seluruh pembela kemerdekaan,
R4BIA adala simbol keteguhan,
R4BIA adalah sebuah tanah air yang tiada sempadan,
R4BIA (pendek katanya) adalah sebuah kemuliaan.
R4BIA yang teguh, R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah-belah.
Buat semua pemburu kemerdekaan, ianya menjadi satu syiar.

inilah syiar kita bersama. Moga Allah mendengar segala-galanya.

sumber: http://www.youtube.com.watch?v=SFsLKZXyxQ0&feature=youtube_gdata_player




No comments:

Post a Comment